Monday, September 17, 2012

Berpantang dengan set Tanamera

Salam

Hari ni genap sebulan usia Shahadah Chinta. Maksudnye sebulan jugak kina berpantang. Kina berpantang takde la berpantang sangat. Maklum la ibu kina pun bukan jenis berpantang sangat. Memang masa berpantang kita nak sihat balik, nak buang segala extra-extra lemak & dapatkan body sebelum bersalin atau kalau boleh sebelum kawen. Gituu..Tapi kalau berpantang HANYA masa time 40 atau 44 hari lepas tu balun segala benda, tak exercise. Sama je la sia-sia la berpantang beriya masa time pantang. 

Itu pandangan kina la, sebab majoriti 'saudara atau orang-orang tua' yang melawat kina & macam biasa la bebel & menakutkan kalau tak pantang strictly, bla bla bla...kina tengok body dorang takde la slim pun, ibu kina jauh lagi lawa bodynye. Bersederhana sudah kot. (ini alasan orang yang berpantang biasa-biasa sebab malas sebenarnya.haha.sila jangan ikut). Pada yang dapat berpantang dengan teliti & betul, kina memang salute. Tahniah! Nak jugak betul-betul tapi kadang-kadang keadaan tak mengizinkan. Mak kina bekerja bahkan weekend pun die kerja. Nak berpantang dengan MIL tapi segan plus takde pudin. Shahadah Chinta kena warded sebab jaundice. Kalau ada banyak duit boleh hire Confinement Lady mesti dapat berpantang betul-betul. Next time la. (Yo yo je) Oh..alasan semuanya. hahaha. Ok la..suke sangat mukadimah panjang lebar kan. 

Bagi yang pernah baca post macam mana kina dapat beli set Tanamera dengan harga RM90 boleh baca dekat post ini. Set ni packaging yang lama jadi ada yang tak sama dengan set Tanamera yang sekarang ni which is lagi best rasanya. 

Set Tanamera packaging lama
Kina start menggunakan set Tanamera sejak sebelum bersalin lagi. Lagi mudah kalau ikut items yang ada dalam set tu kan.

1) Brown Formulation Scrub Soap 
Sabun ni sangat-sangat best. Masa pregnant kina kan pakai sabun Lactacyd sebab badan gatal-gatal. Sabun tu takde buih & mild sangat rasa macam tak bersabun tapi gatal-gatal hilang la. Pakai sabun ni rasa hilang daki-daki & bau die pun best. Pudin pun pakai jugak. Start pakai masa pregnant lagi & sekarang tak luak lagi. Pastikan sabun ni kering lepas pakai, jangan bagi kena air so that lagi tahan lama.

2) Re-mineralizing Facial Mist (takde dalam set baru diganti dengan lavender spray tu kot)
Spray je dekat muka. Rasa sejuk je muka. Ni kina pakai lepas mandi atau rasa macam stress, busuk-busuk. Hahaha. Katanya boleh kurangkan stress. Masa awal-awal berpantang kan stress sikit. Boleh gak spray dekat bantal. Bau die macam bau spa. Benda ni boleh pakai bila-bila masa je either masa pregnant, masa berpantang @ lepas berpantang kot.

3)  Exotic Ylang-ylang body mist (ni pun kina rasa die dijadikan lavender spray..maksudnya lavender spray menggantikan body mist & facial mist)
Ni kina spray dekat badan except dekat breast sebab takut nanti Shahadah Chinta minum susu perisa ylang-ylang plak. Hahaha. Bau die macam spa gak tapi more to spa bali ke thailand gitu. Hahaha. Pekat sikit bau die. 

4) Cold Press Virgin Coconut Oil ( A-must-have item!)
Ni adalah favorite kina. Kina menggunakan minyak vco Tanamera ni untuk urutan perineal & sapu pada perut untuk kurangkan stretchmarks. Untuk stretchmarks kina akan buat post lain sebab kina ada pakai minyak yang Doctor bagi jugak. Ramai minta share camne urutan perineal ni. Huhu. Kina pun google aje, pastu hentam je, tak tahu teknik betul ke tak. Mula-mula memang rasa sakit sikit tapi lama-lama tak rasa apa. Apa yang penting, minyak VCO ni menambahkan elasticity dekat miss V kita so lebih mudah untuk meneran kot. Kita ikhtiar je kan, selebihnya tawakal je. 
Yang wane putih jernih tu VCO,1 lagi massage oil

Tempoh masa urutan? Kina buat setiap hari & pada waktu malam. Kira tido je dengan minyak tu, tak perlu basuh. Kina start awal, seawal 6bulan lebih kununnya takut bersalin awal ke kan. (Memang awal pun).  Tanamera sarankan makan bila nak dekat bersalin, kina tak sempat pun makan. Achaner rasanya makan ye?

ok, ni pulak item yang kina guna lepas bersalin..

5) Cotton Abdominal Binder 
Bengkung ni kina start pakai hari ke3 tapi kejap je dalam 3 jam pastu nak gi toilet susah, kina cabut je pastu tak pakai dah. Malam pun macam tu jugak. Ibu kina yang tolong pakaikan, tak tengok plak instruction pada pembalut die.
Bengkung Tanamera

Ibu : Apa la susah sangat nak pakai benda ni. Lain kali akak beli je yang velcro, senang je.

Itu kata-kata ibu kina. Banyak sangat tali kot, nak kena ikat selang seli so bagi die renyah. Actually bagus bengkung ni sebab die sampai ke paha kan, boleh kuruskan paha sekali. Bengkung ni kina pakai 2 hari je lepas tu pakai bengkung yang saudara kina bagi yang tu pendek sikit dan lagi senang nak pakai. Start hari ke 10 kot kina pakai sendiri je. Bila dah pakai sendiri ada la jugak skip-skip kan.

6) Firming Herbal Blend
Herba ni digunakan sekali dengan bengkung. Ada 12 sachets, kina ada lagi 3 sachets, sebab 1 sachet kina bahagi 2. Haa, bleh tau la berapa kali berbengkung. Hahaha. Best pakai cuma bila kering akan berhabuk tilam. Rimas! Next maybe beli krim je. Cara pakainya campurkan dengan air panas sikit lepas tu sapu pada perut. Dalam 2 minit lepas pakai, akan rasa panas. Oh, suka bila rasa panas kununnye rasa lemak dibakar kan. Jadi makan tanpa bersalah. Bab makan kina pantang ais, air sejuk, pulut, ikan-ikan sungai, blackpepper (sebab Shahadah Chinta demam kuning), benda yang gatal-gatal, benda yang sejuk-sejuk, like I know apa yang panas,gatal,sejuk..Kina just tanya ibu kina ni boleh makan tak. Ibu kina senang je, kalau macam kina nak sangat-sangat makan benda yang tak boleh makan die bagi je tapi kuantiti yang ciput buat merasa. Pastu die cakap kalau makan tak rasa gatal-gatal ok la tu boleh la makan. Masa raye berpantang lagi tak tahan weh! Orang lain sedap je teguk ais. Tapi ada 2x gak la pudin bagi kina teguk ais, air A&W rutbir lagi. Nyum3.

7) Herbal Bath
Kina start guna hari ke 11. Sebab sebelum tu kina mandi dengan air daun serum & daun pandan. Pehhh. Best gile ok mandi air daun serum & daun pandan tu. Ibu kina rebus daun-daun tu & mandi. Nenek kina yang tolong carikan daun tu semua. Rasa segar & wangi sangat-sangat tapi sampai hari ke8 je.
Kina : Dah tak payah mandi air serum ke?
Ibu : Daun dah takde, tak payah dah. Mandi air panas biasa je. 
Kecewa. Hahaha. Nasib baik ada herbal bath ni. Berasa la jugak refreshing tapi tak boleh lawan air daun serum. 

8) Feminine Herbal Wash
Ni pun sama macam herbal bath kina start pakai hari ke11. Letak air panas dalam cebok pastu rendamkan sachet ni pastu jirus la bahagian bawah tu. 1 hari kina guna balik sachet ni 2x sebab ada 12 sachets je. Lepas dah siap mandi, bahagian V kena lap kering-kering dengan tisu, then spray antiseptic (ni yang Dr Suraya bagi) atau letak iodin (ubat kuning beli kat farmasi) pada pad so senang jahitan tu nak baik. Sekarang ni antiseptic & iodin dah habis.
Sachet die macam gini.

9) Tropical Boreh Scrub
Scrub dalam bentuk serbuk ni ada 4 sachets. 1 sachet tu boleh pakai 3-4 kali. Tak pakai tiap hari pun, selang 3 hari gitu kina buat sental badan. Bau macam herba. Tapi kina rasa sabun brown tu lagi best.

10) Herbal Massage Oil
Minyak urut ni kina baru pakai 3 kali..2 kali pudin tolong urutkan kaki & belakang sebab lenguh menyusukan shahadah chinta, 1 kali lagi masa mak cik urut kehabisan minyak urut die. Hahaha. Minyak ni best gak, dalam tu siap ada akar kayu sikit. So far banyak lagi minyak ni sebab takde orang urutkan memang tak pakai la gamaknya.

Kina sangat rekomenkan sabun brown & minyak VCO tu. Kalau untuk next baby, kina akan tetap akan beli 2 items ni kot. Untuk set Tanamera yang baru maybe kina akan try lavender spray & herba tea tu. Itu aje la yang kina dapat cerita tentang set Tanamera. Conclusionnye sangat berbaloi & best sebab takde jamu-jamu & rasa seperti di Spa. 

Berat sebelum pregnant 50-51kg
Berat terakhir masa pregnant 60kg
Berat badan setelah 2 minggu berpantang 55kg.
Lebih kurang 5-4kg untuk dibuang lagi Tapiiiii sejak 2 menjak ni asyik melantak tak hingat, rasa macam naik je. Hahaha.

Ok la..si mata bulat ni dah memanggil-manggil..
Shahadah Chinta masa umur 24 hari



15 comments:

ctmah on September 16, 2012 at 5:30 PM said...

btolla kina.bila dah start bf Alisha, nafsu mkn menjadi2.nasi 3x sehari.pitam!berat badan pun tak timbang lg ni.h0h0

Shakina Farhan on September 16, 2012 at 5:36 PM said...

itu la..cepat lapar & haus..paling obvious bila ibu kina ckp kina masa berpantang nmpk mkin gmok, mse mngandung cengkung.

Asz Miza on September 16, 2012 at 5:39 PM said...

Best plak set Tanamera ni...sbbkan miza da beli set NR, tunggu bersalin tgk le macam mana set NR ni..klo habis bole try set Tanamera..haha..confident je macam pantang strict..

Shakina Farhan on September 16, 2012 at 6:03 PM said...

miza: haha..xpe..pki perabih NR, takut masa berpantang xsempat nk habiskan sebab baby dok nk bermanja ngan kite..hee..xpun set Tanamera utk next baby ke? hehe..

.ieLah. on September 16, 2012 at 7:17 PM said...

kinaa! mandi serun memang best kan? hehe kite da mandi 44 ari nih, mintak mak bidan kasik daun2 lagi sebab nak mandi sendiri.bole la kan kalo nak buat mandi 3 hari lagi.huhu

ok gak la kina makan suma ni set2 masa pantang.kite tak makan langsung. memang kena jeling je ngan husband. hukhuk

Syima Syaz on September 16, 2012 at 9:15 PM said...

kina...i cuma guna bengkung dgn yg sapu kat perut je time berurut tu sbb aisya 100% i handle, mana sempat nak buat tu sume...
lepas balik rumah sendiri time weekend nak start ber spa sendiri. adoi pandang je lah set tu...tp minyak urut tu i guna sapu bdn n kaki masa awal2 pantang hari tu...

minggu ke 4 i langgar sume pantang... hahahhahaa

~ NANA ~ on September 17, 2012 at 11:54 AM said...

i suka boreh scrub tu, xtau knp...skrg ni baru pakai sbb masa czer tak berani lak nk mandi lama2...hihi

fana on September 17, 2012 at 9:24 PM said...

kina, set ni boleh gune lps pntg x....bby dh 9 month, br terasa nk pantang

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P on September 18, 2012 at 9:29 AM said...

Thnaks Kina, untuk review.. rasa nya kalau Yana nak cari set bersalin, Yana nak set Tanamera jugak. sebab banyak item kegunaan luaran. tak suka jamu !

Liyana on September 18, 2012 at 10:26 AM said...

bab makcik2 kepochi pasal pantang betul2 tu setuju sgt. diam je masa kena ceramah ngn makcik2 kepochi sbb x pntang betul2. dlm hati mcm laa body dorg slim sgt, haha

Shakina Farhan on September 18, 2012 at 12:57 PM said...

ielah: chop..eja daun tu serun ye..haha..kina bantai je serum mcm kosmetik tu...best3!

syima: bestnye mggu ke4 dah boleh bebas ye..skg ni ade lagi pantang2 yg xle kina langgar..mmg kena bersabar la..uwaa..

nana: kina mmg mandi slow..xtau cmne kl da blik bintulu xd org nk tgkkan baby..scrub tu kina suke pki kat perut..

farhana: hahaha..kina rasa bleh je kot..sbb die pun xd mkn2..mcm kita buat spa layan diri..

yana: tu la..jamu kl rajin makan & disiplin xpe..ni sehari je kot mkn kl beli..hehe..

liyana: haha..kaaaan..sama la..sengih2 jela mcm kerang busuk bile kena leter..

Fariza on September 18, 2012 at 2:35 PM said...

thanks kina :)
suka ayat ni, mmg betul. hahahaha
"Itu pandangan kina la, sebab majoriti 'saudara atau orang-orang tua' yang melawat kina & macam biasa la bebel & menakutkan kalau tak pantang strictly, bla bla bla...kina tengok body dorang takde la slim pun, ibu kina jauh lagi lawa bodynye."

zaidani on November 16, 2012 at 5:17 PM said...

Hai..nak tanya psl bengkung tanamera tulah sbb plan nk beli bengkung dia jer...

Ok x material dia?sbb kain dia nampak mcm licin jer...sbb pernah pakai leesa dulu, cuma nak cari yg lebih besar....

Bole x ida nak tau berapa size bengkung tu...klu free tolong ukurkan lebar n panjang bengkung tu.

Thanx my dear...

Mazni Azmi on September 29, 2013 at 11:53 PM said...

Assalamu'alaikum Shakina, wah bestnya set bersalin tanamera ni

Selepas baca review tentang set bersalin tanamera,

Memang di kepala mazni terlintas yang set ni adalah

cara berpantang orang melayu yang di modenkan dalam pek baru

Siap pakai pilis dan mandi herba lagi tu.

Produk pun semua dari sumber semulajadi. Pakai minyak kelapa dara dan sebagainya

Set bersalin shaklee pula cara moden.

Dalam bentuk tablet je semua. Kecuali ESP dalam bentuk serbuk.

Cara melayu vs cara moden. emang lain kan. Orang putih makan pil je.

Orang melayu siap ada minyak urut, teh herba dan pilis untuk pulihkan kesegaran badan.

Saya sedang hamil anak kedua sekarang ni.

Sedang survey survey untuk set bersalin mana yang terbaik.

Selain set bersalin shaklee, ada juga dengar set tanamera ni bagus.

Kami sekeluarga dah amalkan produk shaklee untuk makanan tambahan

Cuma untuk bersalin belum sempat guna lagi.

Setahu saya kedua dua set tanamera dan shaklee bukan dari sumber jamu

jadi boleh terus guna selepas bersalin

Baca dari review kawan kawan pun ramai yang rekemen kedua dua set.

Nak pakai dua dua lari budget pulak nanti. Hehe

Apa pun terima kasih atas perkongsian

Set bersalin shaklee vs tanamera. Insyaallah sampai masanya terpaksa juga buat pilihan.

Memang lengkap bergambar dan berinformasi. seronok baca

Blogger on July 19, 2017 at 9:21 AM said...

3 Researches SHOW Why Coconut Oil Kills Belly Fat.

This means that you literally burn fat by eating Coconut Fats (including coconut milk, coconut cream and coconut oil).

These 3 studies from big medicinal journals are sure to turn the traditional nutrition world upside down!

 

Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork