Monday, September 26, 2016

Islamic Planner 2017

Salam

Planner 2017 dah up untuk preorder! Awalkan kali ni. Sebab last year 2x buat preorder pastu ramai yang nak order lagi tapi tak berani nak restock dah sebab tiap kali restock minimum 500pcs dah tu bulan 2 baru dapat jadi kali ni buat awal-awal. Kali ni plannerhut ni lebih special, lebih extra pages, harap lebih better. Last year dah terjual sebanyak 1000pcs, kali ni kina buat 2000pcs. InsyaAllah cukup, kalau habis nanti sempat nak preorder lagi sebelum masuk 2017 kan.

Ni adalah mockup design by zafran design
Ini pula mockup sample yang da siap print :)..shahadah tak sabar dah nak tulis dalam planner ni!
Mesti malas nak baca panjang lebar, kita tengok serba sedikit isi dalam planner 2017. Cun bak hang! Hahaha.

2016 takde monthly macam ni, 2017 ada, jadi senang nak tengok overview utk 1 bulan, di tepi ada special dates & notes

Weekly planner ruang utk tulis lebih banyak, ada box checklist untuk 1 minggu, tiap bulan color lain-lain tau. tapi kina paling suka yang design december ni.
Quotes from Alquran 
Ramadhan Ibadah Checklist, belah kanan kita highlightkan sebab 10 malam terakhir
Ramadhan menu planner sama macam 2016
Checklist yang banyak-banyak macam 2016 tetap ada tau. 



Mana nak dapat planner yang ada banyak checklist, pastu colorful macam ni dengan harga yang sangat berpatutan. Hanya RM38 sahaja tak termasuk postage. Nak order boleh order melalui whatsapp : 01120777497 (umar)

RM38 sahaja tau. Preorder tinggal 5 hari untuk first batch ni.
Yang lagi menarik 2000 yang pertama ni dapat free sticker & bookmark yang comel! Apa lagi. Cepat-cepat order. Kalau nak bagi hadiah dekat orang pun sangat best sebab planner ni didatangkan dengan kotak yang exclusive. 

Korang ikat reben pastu bagi as hadiah mesti best punye!
Ok, cepat-cepat order ye. Tinggal 5 hari sahaja lagi. WHATSAPP : UMAR (01120777497)


Jangan lupa follow instagram @plannerhut & our distributor @chintacreative.

Friday, September 2, 2016

Hotel Corus & Garsa Kitchen

Salam..

Last week ikut pudin outstation. Paling suka ikut sebab dapat dok hotel free. Kira vacation la lagi-lagi untuk budak2 ni petang confirm terjun swimming pool. Selalu pudin booking hotel guna agoda, suka pakai agoda sebab ada point lepas tu boleh redeem point tu nanti bila memerlukan. Hotel Corus ni kira dekat la dengan KLCC, senang pudin nak pergi balik. Sebelah ada hotel Le Apple boutique sebelah tu pulak Avenue K. 
cantik kan bilik die..sesuai kalau honeymoon kot.

First impression dengan hotel Corus ni ala=ala macam hotel lama-lama yang ok. Bilik yang kitorang duduk katil king lepas tu ada tiang kayu dengan tirai tu. Feeling-feeling romantik la kan. Nasib die jenis tepek je tirai tu, senang je nak tarik pasang balik bila budak ni tarik cabut. Pudin cakap renovate/upgrade kot, dulu die selalu duduk Corus katil biasa je. 

Kina tak kisah sangat pasal rupa katil yang penting katil besar muat 5 orang. Paling suka tentang bilik Corus ni ada blind yang boleh tutup buka untuk tengok bilik air. Senang la kina tengok budak2 ni mandi dari atas katil je. Sambil menyusu shahir pun boleh tengok dorang tu bergalak dalam bathtub. Sehari ada la 3 kali dorang dua mandi dalam tu.
2 kepala timbul dari bathtub. kenapa gambar ni panjang sgt. huhu. biarkan.

Kitorang duduk dekat tingkat 2, jauh dari lif tapi dekat dengan pool. Denai Spa pun sama tingkat, ingat nak pegi sebab ada promo tapi hmm sayang plak duit lagipun nak siapkan design untuk planner 2017 tu. Takpe, lain kali boleh berurut dengan kadar yang lebih murah. Dari pool tu boleh nampak menara KLCC. Sebelah pool ada gym. For the first time pergi hotel siap bawak kasut sukan sebab nak workout dekat gym hotel. Berbaloi la sebab dapat burn almost 300cal. Tapi tapi tapi, tu untuk bayar makan garsa kitchen je. Hahaha.
Mandi manda, hujung tempat ade cermin tu gym.
Shahir budak baik, kalau kakak mandi die dok je dlm tu.
Eh mandi lagi.

Cakap pasal garsa kitchen plak, lepas hantar MIL pegi haji, dok hotel peninsula residence ada nak order garsa kitchen order malam untuk pagi esoknya tapi sayangnya da full. This time order awal 2 hari. Disebabkan min order RM40, terpaksa la order 2 set M. M ada 12pcs, L ade 24pcs. Amek perky turkey & eggxtra ordinary chicken size M. 2 set dah RM50, tmbh delivery jadi RM60. Mahal jugak rasa. Tapi nak try punya pasal plus ngidam gak rasa nak sandwich yang terjual 80000pcs sebulan tu.

Antara 2 set tu kina recommend perky turkey, gabungan smoked turkey, cranberry jam & 2 secret sauce (maybe salah 1 tu cream cheese 1 lagi macam bawang). Gabungan yang pelik tu tapi hasilkan rasa yang unik. Sedap! Tapi kalau ada rasa pedas sket lagi sedap. Eggextra ordinary chicken tu biasa je, boleh buat sendiri je. Takde rasa pedas pun. 
Gaye je lebih 2 orang tu, sorang dok makan chicken sorang dok makan roti kosong.

Next time kalau nak order garsa kitchen nak try tuna on fire & salted egg. Hari tu takde salted egg sebab katanya limited edition. Baru tahu roti tu boleh request tukar wholemeal. Delivery time awal dari estimation, order pukul 8, 7.30 die call lagi 5 min nak sampai. Nasib baik masa tu pudin tak solat maghrib lagi. Hihi. Kalau tak kina plak nak kena pegi turun amek dekat lobby. Itu je review ringkas. Next..



Wednesday, August 17, 2016

Review : Sambal hitam ciknaa paling sedap!

Salam

Dah lama tak review pasal makanan. Sebagai anak jati pahang, mestilah pernah makan sambal hitam. Selama ni makan jenis yang kering lepas tu rasa belimbing buluh tu kuat sangat. Selalu sangat nampak rakan-rakan blogger review sambal ciknaa ni. Ciknaa punya blog kat sini. Tapi tak order-order. Sehinggalah....

Mula-mula order 1 aje. Staff pudin received dari pos laju mesti pikir amboi sambal pun beli online ye. Hihi..mestilah..

Minggu lepas akhirnya order jugak tapi order 1 je, nak try dulu kan. Sedap! Pedas jugak, kurang sket je dari samyung ramen. Bareable lah. Yang ramen tu kebas mulut weh tapi syok gak kan sekali sekala . hihi.

Ciknaa amek order dan pos seminggu sekali je, closed order hari Sabtu, hari Ahad dia masak, Isnin dia pos. Selasa dah dapat. Gitu timeline dia. Sebab makanan kan, fresh dan taknak pos laju simpan lama sangat. 

Sumpah sedap la, kena sangat dengan tekak kina ni. Basah-basah dan pedas. Macam-macam boleh makan dengan sambal hitam ni. Nak makan dgn roti? dgn roti canai? dgn telur? dgn oat?dgn nasi? dgn ulam? Semua boleh lah. Tak pernah lagi makan dengan nasi sebab tengah jaga kalori ni, ada bertambah-tambah makan kalau dengan nasi. 
First time buat salad telur. Sedap jugak makanan sihat ni, lagi sedap sebab ada sambal hitam ciknaa tu. 

Dah la sambal ni lulus atkin tau. Kina tak pernah buat atkin, kalau breastfeeding boleh start fasa 4 tapi malas la nak beratkin. Sekarang tengah eat clean, jaga kalori je sebab berat badan macam naik, pastu workout setiap hari minimum 5 minit. Jadi sambal hitam ni memang membantu sangat dalam ber'eat clean'. Nak buat sahur pun best.

Kina ni kalau timun nasi lemak orang jual memang bagi dekat pudin je, tapi ni boleh buat kudap-kudap. Tapi mesti timun jepun yang kecik tu. Makan sesaja je. Ajaib sungguh. Krup krap krup krap siap tak cukup timun weh.
 Pudin tengok macam tak percaya. Huahua. 1 packet tu transfer dalam bekas kecik, nak makan boleh cedok.

Rahsia resepi sambal hitam ciknaa sedap yang amat ni salah satunya dia kopek sendiri ikan bilisnya. Tak ke gigih tu. Ni pun kina tau sebab ciknaa post dekat instagram dia. Baru ku tahu. Kina selalu shopping beli ikan bilis siap kopek je, malas!. Ni dah la banyak order, ciknaa kopek manually je. Fuhh. Patut la terlajak sedap.
Screenshot IG ciknaa..Baru ku tahuuu..


140 gram sambal hitam ciknaa = RM10 sahaja. Kalau korang nak order baik lah order sekarang, satgi ciknaa tutup order hari Sabtu ni kena tunggu minggu2 depan pulak. Nak order whatsapp ciknaa : +60179521525. Ciknaa bukan kinaa tau.. Kang ingat kina punya pulak. :p

Sedap ngat-ngat terus borong 10..hihi

Berbaloi la dengan kesedapan dan process nak masak yang lama. Ni kina order lagi 10 bungkus, layak jadi agent terus. Sebab pikir kang dok repeat order bazir bayar postage kan. Kina tak jadi agent tak cukup tangan dah nak reply whatsapp, tapi pudin jadi agent untuk area penang. Boleh whatsapp 0134096952 kalau nak COD area seberang perai dekat politeknik perai. Kalau takde orang nak beli pun makan je nanti. Memang puas hati lah. 5 stars kina bagi untuk sambal hitam ciknaa.



Monday, August 8, 2016

Beli toner printer online

Salam..

Haritu kina share pasal printable quotes kan. Haa..Harini nak share sikit pasal pembelian online yang berkaitan dengan printer pulak. Sekarang semua benda mudah dah. Tak perlu nak susah-susah ke kedai untuk cari dan beli. Kadang-kadang tak berbaloi dengan masa dan wang ringgit untuk beli barang-barang kecik macam printer cartridges. Kadang-kadang dah pergi kedai tu takde pulak yang kita nak atau sesuai dengan printer kita. Tak ke sia-sia je? Pergi-pergi pulak kedai tutup. Keciwa sokmo kalau camtu. 

So senang duduk rumah bukak laptop. Cari, klik, bayar dan tunggu barang sampai rumah. Service tiptop pulak tu.

So ada satu company ni dia jual barang-barang printer secara online. Kebetulan samsung printer kina kehabisan ink jadi sesuai sangat la kina buat order online dengan Appletoner since kina pun malas nak keluar cari. Keluar pun weekend je sekarang ni. 

Website appletoner yang user friendly

So kina godek-godek la Appletoner ni. Ada option whether nak yang orginal atau yang compatible. Compatible toner ni plak bukan yang fake atau re-fill tapi dibuat oleh kilang untuk memenuhi keperluan brand-brand yang ada kat market. Kira macam 3rd party items la. Harga pulak almost separuh dari original toner. Kalau jenis budget-budget macam kina ni, kina rasa baiklah kina beli yang compatible toner. Janji boleh guna dengan printer kina. Lebih jimat dan berbaloi. 

Benda yang penting bagi kina kalau shopping online ni tentang delivery time. Dengan Appletoner ni kalau kina buat order sebelum pukul 2 petang, barang akan sampai pada kina esok harinya. Tengok jam baru pukul 12 tengahari. So sempat sangat kina nk dapatkan order kina esok hari jugak. Kalau korang duduk dalam list selected area dan order sebelum 12 tengahari, korang boleh dapat barang pada hari yang sama. Suka tak suka tak?

Unfortunately im not in the listed area. Appletoner ni dekat Klang. Daku di Penang jauh la sket. Kalau tak petang ni jugak kot kina boleh dapat. Syoknya kalau order petang dah dapat dah. Tapi takpe tunggu 1 hari je tak lama mana pun. 

Selain tu apa yang menarik kina rasa ialah 1-year warranty on all products yang diaorang offer. Jarang-jarang sangat dapat warranty lama macam ni especially on toner. Diaorang jugak offer free nationwide delivery kalau beli atas RM100. Toner yang kina nak beli ni pun harga dah RM130 so dapat la kina free delivery. 

So kina rekomen kat korang untuk check it out website diaorang www.appletoner.com.my. Tak susah nak browse through website diaorang. Agak-agak korang tak faham, diaorang ada bagi guideline camne nk cari printer yang sesuai, camne nak bayar. Appletoner jugak ada sediakan online support, so kalau rasa malas nk membaca dan mencari jawapan kepadan soalan korang, message jela dekat diaorg guna message box yang diaorg sediakan. Sonang sesenang makan kuih raya yang tinggal sket-sket tu. Hahaha.





Monday, August 1, 2016

Freebies: Download printable quotes untuk rumah

Salam

Masa puasa hari tu ada kina buat quotes2 ni. Konon nak print nak letak dekat rumah dekat Kuantan tapi tak print-print. Lepas ni la. Tak sempat. Ni nak share kot-kot ada yang cari nak print buat poster ke, untuk deco-deco rumah ke. 

Kina guna Canva je. Bukan design sangat pon. Edit je. Hihi. Dekat Canva ada macam-macam design, pilih yang free lepas tu buat la suka hati. Tukar font, tukar ayat, tukar color dah siap. Print sendiri atau print dekat kedai masuk dalam frame. 



Sekarang ni kina tengah baru nak start enjin untuk buat planner 2017. InsyaAllah moga lebih baik dari yang sebelum ni. Perubahan dari segi layout. Ada yang stay. Boleh follow Instagram @plannerhut ye, nanti kina update dekat sana. Masih kekalkan islamic planner. Stay tune tau.

Boleh klik link di bawah ye untuk download. Kina save dalam bentuk image, bukan format lain. Kalau nak design sendiri gi dekat www.canva.com na.

Monday, July 18, 2016

Review: Diaper caddy basket

Salam..

Hari ni nak review diaper caddy. Kalau tengok dekat etsy dorang jual sampai 100-200 ringgit. Mahal la sebab handmade lepas tu pakai kain yang berkualiti gamaknya. Tapi memang cantik-cantik. Berkenan sangat masa tengah pregnant aritu. Cari punya cari beberapa IG yang tak amek order sebab banyak sangat order. Alhamdulillah jumpa jugak yang terima order nak macam tu.

Ada je caddy bag yang murah bawah RM30 tapi tak minat sebab tempat letak selalu dekat luar, nak yang kat dalam. Cth macam autumnz tu. Ntah la, rasa macam tak minat. Sebenarnya nak belah dalam tu kain corak plain color biru tu tapi nan ado, amek jela corak yang ni. Kalau dalam plain, luar chevron mesti lagi mengancam. Tapi takpe, nanti boleh tempah lagi. Ewah.

IG : Leawithluv
Harga : Customade punya harga mungkin berbeza. Kina punya ni RM49.

Kina tunjuk contoh nak buat macam mana, lepas tu bagi pilihan corak, bayar then tunggu lah bila siap. Kalau nak dapat sebelum bersalin tempah la awal macam den. Hahaha. Masa tu rasanya tempah bulan Januari, dapat bulan Mac. Maklum la customade order ni banyak, ikutlah giliran. I tak kisah asalkan siap sebelum beranak dan lawa. Hihi.

Masa mula-mula dapat letak diaper dan toiletries, si shahadah & shafiyah tu suka la mengacau benda-benda dalam tu, ye la barang baru, comel plak tu memang suka la dorang. Tapi bila da lama sket, tambah kena warning sket, sket pun dorang tak heran dah. Sekarang ni pulak, kalau shahir berak ke apa, dorang la sibuk2 pegi amek barang dalam bag tu. "Mama2, pampers, tisu, getah (alas getah tu), minyak."

Sebelum-sebelum ni tak de caddy bag macam ni, pakai bag biasa kulit keras tu. Yang tu berguna jugak dari shahadah lahir sampai shahir pakai. Tapi yang ni best pakai bila keluar, lagi-lagi nak gi RNR, bawak je caddy bag ni takyah nak zip-zip, ringan pun ringan. Lepas tu teratur, nak apa-apa capai je. Hanya topup diaper jela, yang lain stay je dekat situ. 

Partition tu memang request buat 3. 1 besar sket 2 lagi kecik sket. Boleh letak minyak, lotion, bedak,sikat what so ever lah kalau nak letak. Termometer pun kina letak dalam tu. Kalau tak mau partition macam tu, boleh request partition bentuk pocket (patut buat 1 bentuk pocket senang nak letak kalau ada benda kecik halus). Next time nak buat pocket tak celuih 1, color fabric gelap plak sebab color putih ni cepat kuning. Hihi.


Gambar pun pakai screenshot je. Kikiki. Malas. Ok, tu je dari mak anak 3.



Monday, July 11, 2016

5 perkara yang aku boleh buat dengan Microsoft Wise Pad 7


Ok, 5 perkara yang aku boleh buat dan akan buat dengan Microsoft Wise Pad 7 macam dekat atas ni.


1) Reply customer

Setiap hari keje aku adalah whatsapp customer. Dengan phablet ni, senang aku nak reply customer sambil dukung baby pun boleh sebab dia ringan je. Berat Microsoft Wise Pad 7 ni hanya 260gm. 


2) Tengok map dan tak sesat lagi

Aku dan pudin memang selalu sesat. Jadi bila pakai phablet ni, size dia besar jadi nak tengok map tu mudah je. Dah la boleh 4G.
Network:
4G: Band 3/7,1800/2600Mhz
3G: 900/2100
2G: 900/1800



3) Update blog

Blogger mestilah update blog kan. Kalau tak update bersawang la. Hihi. Dengan menggunakan Operating System: Windows 10 & Processor: 1.3GHz Qualcomm MSM8909 A7 28nm. Rasanya dah cukup bagus untuk menulis blog di mana-mana. Storage dia pun boleh support external memory sehingga 64GB. Banyak tu boleh simpan. Macam aku ni jenis simpan gambar banyak-banyak sebelum update dekat blog. Hehehe.


4) Baca manga online

Tahu tak manga tu apa? Manga ni comic kita baca online. Kalau pakai phone kecik memang tak puas nak baca, silap2 kena zoom ha. Takde la rabun jauh/dekat bila baca via phablet ni. Display screennya 7inch. Besar kan? 
Macam ni lah agaknya bila buka manga-manga favoriteku dengan phablet ni


5) Main game dan tengok movie

Suka main game dari kecik sampai besar. Movie dan drama memang tak boleh tak tengok. Anak pun ikut perangai. Mak boleh main, anak pun boleh main. Masa memasak anak boleh la pinjam kejap. Processor laju, takde masalah tersekat2 kot. Battery pulak : 3200mAH, 3.7V. Kalau standby dalam mode airplane boleh bertahan selama 1000 jam tau.


Tak tahu pasal Microsoft Wise Pad 7 ni? Jom kita layan video unboxing Microsoft Wise Pad W7. Baru boleh tengok real in action kan. 




Berminat untuk dapatkan sebuah Microsoft Wise Pad 7 ni dengan harga hanya RM599 boleh ke link berikut :





This post is an entry for the InvolveAsia x Lazada MY blogger contest. Microsoft Wise Pad W7 sponsored by Lazada Malaysia and shopcoupons.
 

Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork