Friday, September 2, 2016

Hotel Corus & Garsa Kitchen

Salam..

Last week ikut pudin outstation. Paling suka ikut sebab dapat dok hotel free. Kira vacation la lagi-lagi untuk budak2 ni petang confirm terjun swimming pool. Selalu pudin booking hotel guna agoda, suka pakai agoda sebab ada point lepas tu boleh redeem point tu nanti bila memerlukan. Hotel Corus ni kira dekat la dengan KLCC, senang pudin nak pergi balik. Sebelah ada hotel Le Apple boutique sebelah tu pulak Avenue K. 
cantik kan bilik die..sesuai kalau honeymoon kot.

First impression dengan hotel Corus ni ala=ala macam hotel lama-lama yang ok. Bilik yang kitorang duduk katil king lepas tu ada tiang kayu dengan tirai tu. Feeling-feeling romantik la kan. Nasib die jenis tepek je tirai tu, senang je nak tarik pasang balik bila budak ni tarik cabut. Pudin cakap renovate/upgrade kot, dulu die selalu duduk Corus katil biasa je. 

Kina tak kisah sangat pasal rupa katil yang penting katil besar muat 5 orang. Paling suka tentang bilik Corus ni ada blind yang boleh tutup buka untuk tengok bilik air. Senang la kina tengok budak2 ni mandi dari atas katil je. Sambil menyusu shahir pun boleh tengok dorang tu bergalak dalam bathtub. Sehari ada la 3 kali dorang dua mandi dalam tu.
2 kepala timbul dari bathtub. kenapa gambar ni panjang sgt. huhu. biarkan.

Kitorang duduk dekat tingkat 2, jauh dari lif tapi dekat dengan pool. Denai Spa pun sama tingkat, ingat nak pegi sebab ada promo tapi hmm sayang plak duit lagipun nak siapkan design untuk planner 2017 tu. Takpe, lain kali boleh berurut dengan kadar yang lebih murah. Dari pool tu boleh nampak menara KLCC. Sebelah pool ada gym. For the first time pergi hotel siap bawak kasut sukan sebab nak workout dekat gym hotel. Berbaloi la sebab dapat burn almost 300cal. Tapi tapi tapi, tu untuk bayar makan garsa kitchen je. Hahaha.
Mandi manda, hujung tempat ade cermin tu gym.
Shahir budak baik, kalau kakak mandi die dok je dlm tu.
Eh mandi lagi.

Cakap pasal garsa kitchen plak, lepas hantar MIL pegi haji, dok hotel peninsula residence ada nak order garsa kitchen order malam untuk pagi esoknya tapi sayangnya da full. This time order awal 2 hari. Disebabkan min order RM40, terpaksa la order 2 set M. M ada 12pcs, L ade 24pcs. Amek perky turkey & eggxtra ordinary chicken size M. 2 set dah RM50, tmbh delivery jadi RM60. Mahal jugak rasa. Tapi nak try punya pasal plus ngidam gak rasa nak sandwich yang terjual 80000pcs sebulan tu.

Antara 2 set tu kina recommend perky turkey, gabungan smoked turkey, cranberry jam & 2 secret sauce (maybe salah 1 tu cream cheese 1 lagi macam bawang). Gabungan yang pelik tu tapi hasilkan rasa yang unik. Sedap! Tapi kalau ada rasa pedas sket lagi sedap. Eggextra ordinary chicken tu biasa je, boleh buat sendiri je. Takde rasa pedas pun. 
Gaye je lebih 2 orang tu, sorang dok makan chicken sorang dok makan roti kosong.

Next time kalau nak order garsa kitchen nak try tuna on fire & salted egg. Hari tu takde salted egg sebab katanya limited edition. Baru tahu roti tu boleh request tukar wholemeal. Delivery time awal dari estimation, order pukul 8, 7.30 die call lagi 5 min nak sampai. Nasib baik masa tu pudin tak solat maghrib lagi. Hihi. Kalau tak kina plak nak kena pegi turun amek dekat lobby. Itu je review ringkas. Next..



2 comments:

Chekgu Azrine on September 5, 2016 at 2:09 PM said...

bestnya...at least dpt rehat2kan badan dan minda kan sis...

adianazulhilmistory on October 18, 2016 at 9:03 AM said...

sedap tu sandwich nye

 

Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork