Saturday, June 18, 2016

Review : Bengkung Zip Seri Mama

Salam

Bersiaran di hari ke-31 pantang. Hari ni nak review bengkung Seri Mama. Tertarik dengan bengkung ni sebab nampak iklan dekat Facebook. Sekali tengok macam bengkung tali lilit-lit panjang macam biasa tapi yang sepeselnya die ada zip dekat tepi. Beli sebab bengkung tali dulu dah terputus talinya sebab tarik ketat sangat. Hahaha.

Pros:
  • Sebab ada zip senang nak buka. Nak gi toilet just unzip, nak pakai balik zipkan balik.
  • Ketat. Suka pakai sebab tali kalau compare dengan zap-zap punya tak ketat.
  • Harga affordable, tak la murah tak juga mahal sangat. kina beli kongsi bertiga dapat la murah sket. (tq dhie tolong belikan pastu poskan pulak). RM70, kalau tak RM80 tak masuk postage. Kesimpulannya belilah berjemaah.
  • Kina beli size M&L. Die 2 size sekali. Ada lagi size lain. Confident je kina ingat kina size M, pasang-pasang tali tak muat. Kahkahkah. Rupanya daku size L. Mari berhuhuhuhu.
Jangan risau terzip kulit korang, die da siapkan alas kt bawah tu.

Nampak x atas kiri tu size L, kanan tu size M.

Cons:
  • Lepas basuh kain mengecut sket. Maybe jenis kain tu memang mengecut. Sebab tak bleh nak zip semula, kena buka balik tali tu dan ikat balik. 
  • Tali terlalu panjang sampai kena ikat double. Serabut dekat situ. Ke salah cara pakai tak tahu lah. 
Kalau weekend senang nak pakai yang tali sebab pudin ade, die lah yang tolong ikat. Weekdays plak pakai yang zap. Ada jugak hari yang skip bila masuk hari ke 20lebih. Hahaha. Banyak alasan betul nk istiqamahnye. Azam nak teruskan pakai bengkung seri mama ni time weekend yang free. Taknak perut buncit obvious sangat. Huahua. Sangat inovatif kan bengkung ni. Harap zip die tahan lama la.



2 comments:

De’Xandra on November 8, 2016 at 11:55 PM said...

sy berminat nak beli bengkung ni,, sila whatsapp saya 0123544885

Mamacah on December 21, 2016 at 12:46 PM said...

Salam,
Saya tengah survey bengkung pantang.
Nak kepastian,
1. betul ke mudah zip semula selepas unzip aka ke tandas?
2. penggunaan heavy duty ke? zip nya tahan lasak ke?

Saya betul2 nak tahu rabustness, sebab pantang kalini berazam nak pakai sepanjang 44 hari

 

Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork