Thursday, March 10, 2016

Rumah kami : TV Cabinet dah siap pasang

Salam.. 

Ingat tak aritu post dilema-dilema nak pilih tv cabinet yang mana, siap buat simple giveaway main teka-teka. Ramai gak yang teka betul. Hihi. Tajuk macam la pasang TV Cabinet yang build in kan padahal Lazada mariii. RM350* + postage + voucher dalam RM390. Murah la kan. 
2 kotak dari lazada
Lama gak beli baru sampai, check tracking tak bergerak, tapi lepas call terus die call wan mi esoknya nak hantar tv cabinet, siap tukar address sebab takde orang dekat rumah ktorang tu. Berat dan panjang. Hebat ayah cu angkat sorang je masa angkut dari rumah wan mi ke rumah ktorang. 
Muat plak die nak panjat tu. Sekarang dah ada cermin tak leh la masuk. Hahaha

Kina & pudin pasang sama-sama dengan 'bantuan' si rambut kerinting. Hahaha. Mama asing-asingkan skru seme die alih, siap missing 1 skru last, nasib baik jumpa. Kalau tak tak siap la pintu tv cabinet tu. Actually tak tahu pun ada pintu, sebab ikut gambar tu ingat macam design saje. First time jugak kina mendrill. Cuak tapi sempat lagi berlagak dengan pudin. Hahaha.
Dah siap pasang! Matching x? Kahkah. Kekurangan warna. Nanti ingat nak cat atau buh wallpaper.
TV tu pun beli dekat Lazada jugak, sebelum beli survey banyak kali. Lazada ni kena selalu check kadang-kadang harga die boleh turun pastu ada discount pakai debit card Maybank lagi jimat. Mula aritu nak beli dekat Mydin je sebab RM599 takde postage bagai, brand Hisense sama je. Lepas tu Lazada bagi RM550 + postage RM50 dapat plak discount Maybank so jadi RM550 jela. Jimat RM40. Warranty pun ada, tapi tak hantar lagi. eemm..bab nak hantar kad warranty lemah betul. Asyik tunda sampai habis warranty. Kahhh. Dah pasang njoi, ok la tv tu. 5 stars jugak utk lazada.


So, ni yang dah siap pasang, zoom sket. Kalau roboh maksudnya tukang pasal la punya pasal. Hahaha. Seriously suka sangat, kaki die tinggi jugak, pastu panjang, berat so susah nak teralih-alih. Kesimpulannya puas hati sangat. Kalau korang nak beli jugak boleh tengok dekat SINI.



12 comments:

humble.yat on March 10, 2016 at 12:53 PM said...

wah cantik sangat kina..sesuai dah...:-)
bila rak berkaki mcm tu memang nmpak luas dan senang dibersihkan...;-)

Chekgu Azrine on March 10, 2016 at 1:07 PM said...

simple but still cantik dn tak sarat dengan serabut...kan

Han Hanni on March 10, 2016 at 2:47 PM said...

Dah lama berkenang dengan rak berkaki macam ni..
cantek kan...
ala-ala modern industrial design..

Liyana on March 10, 2016 at 3:29 PM said...

eh cantik lah :)

Nor Arinee Mat Saaud on March 10, 2016 at 5:49 PM said...

design retro.
cantik

raihanah on March 15, 2016 at 11:31 AM said...

oo cantik juga barang2 lazada ni

shark on March 15, 2016 at 12:03 PM said...

cantik..konsep moden ni..tapi kalau saya, saya lebih berminat tv gantung di dinding..tinggi sikit dan nampak kemas..:)

nayfatimahrasyid on March 16, 2016 at 1:20 PM said...

SIMPLE & ELEGENT

Anonymous said...

cantiknya....

Ruhill Fahima Mohammad on March 22, 2016 at 4:33 PM said...

Cantik..suka tengok umah kina, kemas x sarat...color combination pun cantik je...soft gitu

Ruhill Fahima Mohammad on March 22, 2016 at 4:33 PM said...

Cantik..suka tengok umah kina, kemas x sarat...color combination pun cantik je...soft gitu

Ruhill Fahima Mohammad on March 22, 2016 at 4:34 PM said...

Cantik..suka tengok umah kina, kemas x sarat...color combination pun cantik je...soft gitu

 

Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork