Monday, January 18, 2016

Rumah kami : Dilema memilih TV cabinet

Salam

Orang yang dalam dilema ni selalunya yang budget tak berapa nak ada. hahaha. Kalau duit berkepokpokpok mesti takde dilema amek je yang mana berkenan. Untuk TV cabinet budget kina tetapkan mestilah bawah RM500. Tu pun lepas ada rezeki lebih ni, naikkan sket. Hari tu lagi la nak beli bawah RM200 je macam dekat rumah sewa ni ataupun pakai yang wan mi punya yang lama berat gile tu. Yela bukan selalu duduk pun. Tapi nak jugak ada. Sebab hari tu nak amek yang wan mi dah tapi sebab berat sangat nak angkut segala macam barang ada pudin cakap takyah beli yang baru.

Suka jugak dapat beli yang baru. Hihi. So setelah disenarai pendek 3 ni jela yang masih tak tahu nak pilih yang mana.
Smart kan. Boleh pilih color. Lampu & tv bracket dijual berasingan. Gambar dari FB Kabinet TV Megatech.

1) Kabinet TV Megatech
Kalau tempah custom jenis lekat-lekat dekat dinding ni biasanya paling kurang RM1000 la kan. Tapi Kabinet TV Megatech ni ada yang boleh DIY tu kan RM399 je. Memang menepati budget. Tambah beli bracket RM80. Ada agent dekat Kuantan.

Pro:
  • Cantik kau memang deboom. 
  • Kemas.
  • Takde masalah wayar kabel berselirat dekat TV
  • Boleh pilih warna
Cons:
  • DIY. Bukan tak percaya kat pudin, die pon tak percaya dekat diri die. Hahaha.
  • Kalau nak service pasangkan kena tambah RM150. Lari sket budget.
  • Akan nampak plug suis sebab suis dekat bawah sket.
  • Ade limit size TV utk yang ni. Mana la tau nanti dapat TV 48inci free macam padilah. Tak ke nanti kena beli tv cabinet lain kalau size TV bertambah. Nak pakai lama kan. Ngehngeh
Suke design mid century. Lagi-lagi tang kaki die tu. Gambar dari Lazada

2) Lyna TV Cabinet
Ni mula-mula kina jumpa dekat 11street RM459. Masa tu takde lagi dekat Lazada. Berkenan jugak design tu. Ala-ala mid century. Disebabkan memang selalu survey dan survey tiba-tiba nampak muncul pulak dekat Lazada. Harga plak lagi murah RM399. Tak campur delivery & tolak voucher Lazada lagi. Still within budget la kan. Now harga RM351 je! Klik SINI.

Pro:
  • Cantik jugak design mid century yang tengah trend skg.
  • Ada tempat letak astro siap dekat tengah. Walaupun tak pakai astro dah. Ngehngeh. Tapi wajib ada tempat khas camtu.
  • Sebab suiz dekat bawah masih boleh sembunyikan wayar kecuali kalau tv digantung.
  • Color tu matching jugak dengan langsir, sofa & carpet.
  • Pudin confirm boleh pasang sendiri.
Cons:
  • Tak tahu nak deliver ke rumah wan mi ke rumah sendiri. Tapi aritu berjaya lazada deliver lepas 2x attempt. Kali ke2 die call bila die nak datang. Takut jugak kena pegi amek sendiri nanti.
  • Takde review dekat Lazada yang boleh direfer. Gamble jugak tu kalau beli. Tapi dekat 11street ada 1 dapat 5 stars.
Simple. Back to the basic kaedahnya. Nampak panjang. Gambar dari Lazada.

3) TD Furniture TV Cabinet
Dah lama eyeing tv cabinet yang ni. Sebabnya muraaaah. Tapi design die biasa jela. Hari tu tiba-tiba takde, gelabah ayam kejap. Baru nak amek yang lain. Tiba-tiba ni ada balik tapi harga macam ada naik sket la. Maybe ramai orang beli.
Pro:
  • Murah. RM279 campur delivery pun still bawah RM350.
  • Ada tempat astro.
  • Ada 3 review 5 bintang tau hu. Tu maknanya good la.
  • Pudin boleh pasang sendiri.
Cons:
  • Design simple aje.
  • Tak sure color die masuk ke tak dengan langsir dan seangkatannya. Maybe masuk maybe tak. Mataku ni memang tak suka kalau color tak masuk. Nanti mula la, padahal mende kecik je. Ntah la.
Kesimpulannya, masih di persimpangan dilema. Kihkihkih. Tengok lah macam mana. Tak sabar nak balik hujung minggu ni.




11 comments:

Juls Julie80 on January 18, 2016 at 8:42 AM said...

Assalam sis..
haha..suka ayat yg 1stt u..mmg kita yg bajet ciput ni selalu dlm dilema kan..? kitorg camtu jugak..dlm dilema..dlm dilema...dlm dilema..last2 x beli..hahah

~ NANA ~ on January 18, 2016 at 9:15 AM said...

no 1 tu lebih kurang rumah i..so i rasa design tu dah boring la sbb ramai sgt pakai...haha..utk nafas baru (ewahh nafas tu), i suka no.2 mid century tu kot

Han Hanni on January 18, 2016 at 9:24 AM said...

i minat yg mid century...memang lawa dan versatile sangat...

boleh jadikan cabinet TV, mahupun kabinet hiasan..comel kan..

humble.yat on January 18, 2016 at 9:39 AM said...

saya suka yg bawah sekali..design mid century pun cantik...:-)

humble.yat on January 18, 2016 at 9:57 AM said...

eh lupa plak kina..klu minat jati, cari kat perabot jati kat jalan tanjung lumpur..byk byk kdai jati kat situ paling murah and affordable..jati tahan banjir hehe and lama..banyak juga version moden kat situ..

Yatie Lee on January 18, 2016 at 2:49 PM said...

Yg 1st tu nampak menarik. Tp Yt suka warna putih. Match je nanti ngn mana2, hehehe

mrs kayrul on January 18, 2016 at 3:24 PM said...

Saya jenis suka yg no 3..macam2 boleh simpan..tersorok sikit...hihihi

Chekgu Azrine on January 18, 2016 at 4:37 PM said...

No 2 dgn no3 sis..dua2 akk suka..kehkeh..sori xmembantu sgt

nurin khairi on January 18, 2016 at 6:06 PM said...

nurin pun tengah carik utk deko kabinet tv. haritu dah beli tv bench dia dekat IKEA, tapi baru beli frame, sekarang ni nak beli pintu pulak..gitu la beli sikit2 je. ada je 0% interest EzyPayment tapi tak nak terikat buat masa sekarang.

Aty Fared on January 18, 2016 at 8:47 PM said...

bab kaler tu penting..:) tapi apa2 pon.. pilih yang jimat ruang.. lagi satu praktikal.. lagi satu.. senang nak alih2 macam jenis aty ni mudah jemu satu tempat.. heheh

Mama Adam on March 6, 2020 at 11:53 PM said...

Ada jual ke mcm pic tu murah2 kat jb.. Pls bg tahu

 

Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork