Tuesday, March 24, 2015

Hari-hari terakhir bersama Astro

Salam

Lagi berapa hari lagi terminate Astro. Kalau terminate astro die tak terus terminate. Die bagi tempoh 'edah' sebulan. hahaha. Lepas tu pandai la die nak pujuk bagi 3 bulan free + half je sebulan utk 3 bulan. Nampak tak permainan die? Hahaha.

Walaupun berat untuk meninggalmu Astro akan digagahi jua. Semuanya sebab unifi. Hahaha. Dekat penang ni ada unifi jadi pasang unifi. Walaupun tv macam rasa takde la best sangat. Tak boleh record macam Astro. Kitorang pun dah jarang sangat tengok tv kecuali yang record2. Pikir-pikir sekarang ni pun banyak cerita boleh tengok kat internet. Macam CSI, Law & Order SVU, Once upon a time season 4 (tak tengok lagiiii) Seme boleh tengok online je sekarang ni. Dah pasang Unifi dekat 2 minggu tapi tak tengok lagi. Tak sempat2 lagi nak layan. Tapi, wan mi la suke boleh skype hari2 sekarang.

Dok cerita la dapat buku baru dengan wan mi & aki tu.

Kalau dulu Astro + line Handphone kina + line handphone bisnes + line handphone pudin = lebih dari RM300. Sekarang ni kina pakai redone yang RM8 sebulan takde data sebab pakai wifi unifi kan.
Jadi sekarang Unifi + RM8 + RM8 + line handphone pudin = RM250++. Penjimatan untuk menghadapi GST. Gittuw..Cuma dekat luar terpaksa la mengecek sket wifi pudin atau free wifi. Hahaha. Takpe. Atleast boleh berehat dari penggunaan handphone dekat luar. Jadi kalau nak order tu tak berreply takde wifi la tu! Hahaha.

Nanti ada IPTV plak kan. Bye2 Astro. Mesti banyak promo lepas ni. Semoga kami tak termakan pujukanmu. :p. So far takde masalah lagi dengan unifi. Ke sebab baru lagi. Siap kau unifi kalau buat hal..hee



Monday, March 16, 2015

Kedai perabot murah seberang perai

Salam

Kina nak recommend kedai perabot murah2 dekat area rumah sewa kina dekat seberang perai tu. Kedai ni area permatang pauh sebenarnya tapi tak jauh la. Bila cakap murah ni memang murah betul la. Tapi jangan la expect kualiti macam beli dekat harvey norman no..Beli yang murah-murah sesuai la untuk orang nomad macam kami ni. Jenis pindah randah. Harap-harap at least 5 tahun la duduk sini. Orang yang baru kawen ke, baru nak masuk rumah. Banyak pakai duit kan, awal-awal beli la perabot murah2. Dah stabil baru invest dekat perabot yang ok. Tapi yang banyak duit beli jela yang elok terus kan.

Kitorang cari set katil, kitchen cabinet yang ready made (senang nak pindah kan), tilam sementara tunggu tilam dari sarawak sampai aritu. Setelah banyak kedai pegi, musim raya cina plak time tu banyak la tutup kan. Pudin tanya kawan die kevin mana yang recommended nak cari tilam murah. Kevin tu suruh pegi depan sket dari uitm. Jumpa lah kedai perabot gemilang permatang pauh ni.
Meja solek dengan almari
Katil headboard die ade 3 ketul crystal..pening x kepala tgk chevron? hahaha. sooo into chevron

Tokey die friendly, cakap penang. Comel je kan dengar chinese cakap penang. Dah cakap dekat die nak yang murah dan boleh terus hantar hari tu juga sebab masuk rumah hari tu. Die pun syorkan la tilam RM100+, lepas tu set katil ada meja solek, almari dan katil RM599. Murah kan set tu. Biasa set macam ni kina nampak RM700-RM900..Tapi kina dah warning siap dekat pudin nak buka sliding door almari tu kena pelan-pelan nanti tercabut macam set adik kat kuantan. Hahaha. 
From furniturerun..1k++, paling murah penah jumpa RM699..

Untuk kitchen cabinet plak, dulu kina ade target ready made yang macam atas ni. Lawa kan? Ada lagi cantum2 dengan yang lain. Nampak macam tempah punya. Tapi memandangkan nk beli laptop plak tiba2 jadi ku pendamkan saja dan terima kabinet style makcik2 ni..hihi..jimat sket..Asal banyak storage..Amek yang ada sinki sebab nak ganti sinki sedia ada. Sinki tu RM400+, yang tall kabinet tu RM300+..
Kabinet dapur ready made. Yang rendah ada sinki.

Jadi total semua 5 barang tu RM1560, die bagi discount jadilah RM1500..Free delivery hari yang sama sebab dekat je. Pekerja die buat keje cepat, semua melayu, lepas pasang2 buka plastic semua die kutip buang. Bagus la. Lepas tu dapat 2 mug ni. Hahaha.


Lupa nak amek gambar kedai tu..call jela no atas ni ye..kedai ni weekend tutup..






Friday, March 13, 2015

Pemenang bertuah printable planner

Salam.. Sorry lambat sket. Hihi

Just straight to the point ye..Pemilik klip kertas comel tu:

Random pick : 1) Puteri88 - Rezeki mak buyong agaknya

Top referral :   2) Sewfabby (Azzah) - Thank you! Lepas post ramai yang bertanya pasal planner tu.


Ok, pemenang boleh email theshopablog@yahoo.com bagi details lengkap utk pos ye.
Nama:
Alamat:
No Tel:

Esok insyaAllah kina pos. :) Bagi yang nak beli, kina masih open order..woot woot..yang da beli jom buat macam ni..!bekas magnet beli dekat mr diy. dekat daiso pun ada lagi cun rasanya.


Mini groceries. Ada barang da habis tulis. Nak keluar bawak. Hee



Thursday, March 12, 2015

Parents yang ada anak 4 tahun ke bawah dan hantar ke pusat jagaan kanak-kanak tolong ni.

Salam..
Calling for parents yang ada anak 4 tahun dan ke bawah yang pernah @ sedang hantar anak-anak ke taska boleh tolong jawab kaji selidik ni. Kaji selidik ni tesis untuk pelajar master nama die syuhada. Nanti boleh menang cabutan bertuah. Hadiah-hadiah seperti dalam gambar. Mesti anak-anak suka.



Apa yang korang perlu buat hanya klik link di bawah ni. Jawab soalan-soalan dalam 10-15min. Jangan risau ni semua untuk tesis dan dirahsiakan serta digunakan untuk akademik sahaja.


Shahadah insyaAllah hantar next year kot. Sekarang ni kalau lalu sebelah taska yang kitorang cadang nak hantar tu die akan cakap "sholah chinta..ada buai laju.."..



Wednesday, March 11, 2015

Hadiah untuk pembeli printable planner

Salam..

Sebelum ni kina ada bagitau nak buat macam lucky draw untuk yg beli printable planner yang ini aritu kan..
Inilah hadiahnya! Cute kan..ada 2 pemenang. 1 random pick, 1 top referal..


Jadi sape yang dah beli. Boleh upload dengan instagram dengan hashtag #iwantmyplanner #myplannerbabes..make sure ada hashtag ni ye..{jan, aku tau ko baca ni. bila nak uploadnya? hahaha}

Kina akan pilih & umum pemenang by 13 march. Pos hadiah 14 march.

Terima kasih sgt kepada yg sudi membeli..Alhamdulillah dekat 100 orang membeli. Maka RM100 juga terkumpul untuk derma..semoga menjadi tabung akhirat kita kelak..aaamiiin..InsyaAllah next year kalau umur yang panjang kina buat dalam bentuk hardcopy plak.

Thursday, March 5, 2015

From penang with love

Salam..

Dah sebulan tak berupdate..february fav month kot..dah 28 tahun dah..dah pindah seberang perai, pulau pinang..tu busy banyaaak..banyak nak story tapi bila dah banyak2 jadi tepu. huahua..

Rumah sewa setingkat jenis memanjang, belakang tu dapur
Rumah sewa best. Walaupun kecik tapi best lah sebab strategik dan semua bertiles. Rumah ada 3 bilik 2 bilik air. Bilik air dekat bintulu besar, mandikan shahadah & shafiyah serentak je. Sini kecik sket jadi kena mandi sorang2. Nak tutup pintu pun berlaga bontot. Hahaha. Tapi ok la, asal ada 2 toilet, at least tetamu datang nanti senang. Belum siap-siap lagi mengemas even dah seminggu duduk. Setel sket sket. Deco slow-slow. Sebab ade orang cakap kalau kite tergesa-gesa tak sabar-sabar (kina lah tu) maka hasilnya tak berapa memuaskan hati, nanti ade je yang tak betul tak ngam tak match. Kena banyak bersabar dan indeed kina puas hati sebab bersabar hasilnya kina dapat sofa yang diidam2kan. Hihi. Nanti share.

Duit bila pindah memindah ni mengalir laju macam air. Walaupun rumah sewa je. Dah kalau beli alat-alatan mencuci je dah RM90. Belum lagi perabot-perabot yang perlu. Tapi kan suke lah mop yang beli dekat Mr. DIY tu. Mop steam masa tu dalam kapal lagi dari sarawak tak sampai, jadi beli jela nak cuci rumah. RM29.90 kot mop Mr.DIY tu. Masuk air sket, picit2 mop, picit mop. Senang keje. Tapi kalau dari segi bersih mestinya steam mop tu sebab die ade wap panas kan. 

Playroom yang belum siap, kanan tu meja workstation mama, senang nanti buat keje dorang main.
Rutin dekat penang totally berubah. Alhamdulillah berubah ke arah yang lebih baik. Budak-budak ni dah ada playroom. Takde lah mama asyik nak mengemas dekat ruang tamu 3 4x sehari. Sepahkan la bilik playroom tu. Tak boleh keluarkan mainan sesuka hati keluar dari playroom. Pudin plak dapat pegi masjid time subuh&maghrib. Tak tido dah lepas subuh. Dekat Sarawak subuh pukul 5, jadi harapan jugak la kan nak berjaga, masjid pun tak berapa dekat. Hihihi. Tapi dekat Sarawak best sebab pukul 8 dah siap dah isyak. Masak? Masih belum start lagi sebab dapur hiruk pikuk lagi. Sabtu ni kot merasmikan dapur tu. Tong gas pun tak beli lagi. Tong gas pudin da jual sebab tak leh nak masuk kargo. 

Masa ni start shahadah tak sihat, kesian gile, gatal-gatal
Shahadah hari tu kena jangkitan virus. Tak tahu virus ape tapi virus jahat la kan. Alhamdulillah dah sembuh, tinggal parut-parut kesan dari biji-biji gatal yang tumbuh melata di tangan, badan, kaki. Sabtu ni appointment follow up dengan doctor. Nasib bukan denggi ke, campak ke. Risau jugak berjangkit dengan shafiyah. Dah kalau memang dok dalam bilik hotel bertiga macam mana nak jauhkan shahadah dan shafiyah tu kan. Kina rasa kena dekat area kolam hotel tu sebab banyak gak budak. Shafiyah dicucuk pneumococcal, shahadah tak. Mungkin ke sebab tu shafiyah tak dijangkiti? Wallahualam. Doa yang baik-baik ajelah. 


Dekat pasar malam, tu tengah pujuk papa beli burung tu. 
Memang syurga makanan. Selama dekat 2 minggu dekat penang ni takde lagi makan makanan yang kureng ke, semua sedap belaka. Walaupun kitorang just makan dekat-dekat je. Banyak gerai dan kedai makan area rumah sewa. Belum lagi pegi makan mee udang sg dua, pegi area pulau sana. Pegi pasar malam pun tersengih-sengih macam kerang busuk tengok ikan fresh2, sayur. Rasa bersyukur tau bila dapat pindah ni. Ada hikmahnya hidup merantau ni. Kalau duduk setempat je mungkin kurang sket rasa nak bersyukur tu. Huahua. Kina suka makan roti bakar telur leleh dan char kuew teow. Banyak lagi belum cuba, nanti2 dah setel kemas rumah. Minggu ni nak mengecat depan rumah. Tuan rumah (actually mak die) bagi kitorang cat, buat la ape2 nak melawakan rumah ni. Memang sengih-sengih la. Even rumah sewa je tapi kita yang nak duduk, nak ngadap, mesti la nak lawa. Baru semangat. 

Makan luar aje sekarang ni. :p. Copy paste.
Shafiyah dah 8 bulan. Dah berdiri selama 8 saat. Kejap lagi berjalan la budak tu. Aiseh, bayangkan die bergabung dengan shahadah berlari2. Hahaha. Cepat masa berlalu. Gigi nak tumbuh dah. Lambat2 la sket, nanti macam kakak awak tumbuh cepat rosak cepat..: p Shahadah pulak dapat her 1st ever telekung. Beli dekat ig telekungnajwa. Beli yang lycra senang melekap dekat muka die yang bulat macam mama. 


Telekung budak dari telekungnajwa
8 bulan dah budak kenit ni..;)


2 budak yang menggeramkan mama. Hihi.

Ok, minggu depan update lagi pasal kedai-kedai perabot dekat penang ni khasnya seberang perai. 



 

Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork