Monday, September 21, 2015

Rumah kami : Kipas living room bersiling tinggi

Salam

Rumah sekarang banyak design ceiling tinggi. Termasuklah rumah kami. Bila rumah tinggi, nak pasang kipas kena pakai downrod. Lampu pun ada jenis yang boleh pasang untuk ceiling tinggi camni. Nasib baik la pegi kedai lampu tu orang tu cerita camni boleh yang camtu tak boleh. Kipas macam ni tahan lasak & laju. 

Kipas kitorang beli color dark grey brand Panasonic, plan nak warna gelap lain sket dari dalam bilik. Google punye google jumpa dekat lelong.com. RM158 di kedai Ban Huat dan kebetulan pulak kedai tu dekat Butterworth, Penang. So pergi sana jela nak beli untuk jimat postage, tengok harga RM169. Jadi harga dekat online lagi murah. Kitorang pun nego nak harga online, mula-mula SA tu blur2 tak tau kot. Pastu cite la kat die. Hahaha. Dapat la harga RM158.

Ini kipas yang kitorang beli dari banhuat

Jadi, untuk orang yang rumah bersiling tinggi ni. Dekat sini ada guideline untuk tau berapa ketinggian/panjang downrod yang diperlukan. Discuss la dengan tukang pasang. Sebab kena match jugak dengan lampu nanti ada bayang.
Macam kina siling 15 kaki, jadi downrod perlu 60inch atau 5 kaki. Credit pic to : www.formplusfunction.com

Kalau siling korang 13 kaki, beli rod size 3 kaki. Kina memang cakap dekat die nak 4-5kaki. Mula-mula die nak buat 3 kaki pastu kina cakap takut tak rasa angin. Die pun ok je. Die yang setelkan semua. Beli rod seme. Nasib bukan rod color putih, kalau tak tak matching la kan. Kina tak tahu die beli dekat kedai mana. Tau-tau setel. Hihi.

Ye..gayat menengoknye..hahaha..tu shamsul, nasib die pun tinggi orangnye..skg asyik nak tutup buka lampu tu je..awal lagiii kan..
Rumah ni takleh pasang downlight utk ceiling ni sebab katanya wiring dekat beam la ape kina langsung xpaham. hahaha. Kalau nak pasang pun kena buat external. Takpe, so far biar camni je dulu. 10 tahun lagi baru pikir. Next catatan tentang lampu & langsuir langsir pulak..







8 comments:

Fariza on September 21, 2015 at 7:00 AM said...

cantiknya

Unknown on September 22, 2015 at 2:00 AM said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

SyalizaRazak on October 27, 2015 at 2:38 PM said...

kina.. knape x leh pasang downlight? kat hall je ke xleh or dining n bilik pon x leh? bru verangan nak pilih lampu kat house of lighthing...

MUHAMMAD on June 24, 2016 at 8:15 PM said...

Maybe x leh pasang downlight sebab kipas tu ke bawah sangat. Kalau pasang nanti ada bayang2 kipas pada floor..

MUHAMMAD on June 24, 2016 at 8:15 PM said...

Maybe x leh pasang downlight sebab kipas tu ke bawah sangat. Kalau pasang nanti ada bayang2 kipas pada floor..

lailemohd on July 12, 2016 at 4:27 PM said...

aduih..rumah saya pun ceiling macam ni. naseb baik tak beli kipas & lampu lagi...

apple on September 6, 2016 at 10:05 AM said...

Salam.
Bole share x:
a. batang kipas tu beli separate k?
b. kipas tu pakai remote juga ke?
c. berapa harga batang kips yg di beli tu?

siling sy tinggi, tp kipas pakai 1 kaki je batang nye. sayup2 je angin.
mereka kata harga lain untuk batang tu, bg kips ber-remote dengan bukan remote.

mohon share.

Unaizah San on May 30, 2017 at 9:08 AM said...

Singgah sini cari info siling tinggi. Cantik pulak tengok kipas tinggi camtu. ��

 

Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork