Tuesday, July 28, 2015

11 tips ke korea dengan anak kecil

Salam 

Bagi yang berhajat nak ke korea maybe lepas virus MerscoV tu dah reda la kan. Boleh la check it out tips-tips ni ye. Tips ni berdasarkan pengalaman bawak Shahadah 2 tahun 9 bulan & Shafiyah 10 bulan. No travel agent. 

1) Stroller & Baby Carrier 
Since anak 2, kena lah bawak jugak 2 2 menda ni. Kalau anak sorang kecik boleh la bawak baby carrier sahaja. Dekat subway majoriti ada lif tapi ada jugak yang xd (tangga tinggi pulak tu). Shahadah takde masalah kalau tak tido die naik tangga sendiri je. Stroller bawak yang senang nak angkut, kecik & ringan. Awal-awal tu skema jugak tak bawak naik stroller dekat escalator, lama-lama bawak je sebab muat lalu walaupun ada tiang tengah escalator. Kalau stroller besar tak muat. Pernah 1 hari tu, yang 1st day nak pergi naik cruise, konon shahadah berjalan jela. Malas nak bawak stroller. Sekali jauh gila berjalan, sian shahadah jauh gak berjalan. Kalau dari station subway nak ke cruise tu dekat 700meter. Siap budak tu excident dengan papa die masa otw balik. Shahadah berlari-lari, pastu papa die jalan ke kiri, tak sedar budak kecik tu kat situ jatuh habis bibir berdarah. Menangis la budak tu, pastu papa die kena dukung, kina bawak shafiyah. Kalau ringan takpe la kan, ni 13kg. Hehe. Sejak dari tu pegi mana-mana bawak jugak stroller. Pada ktorang 2 menda ni memang wajib. Shahadah tu memang kaki stroller. Pegi tesco pun kalau cakap nak keluarkan stroller utk shafiyah, die plak beria nak duduk.
Baby carrier & stroller wajibulghunnah utk kami, shahadah bawak bag berisi telekung mama.. :p


2. Kasut & pakaian yang bersesuaian 
Check musim apa. Check ramalan kaji cuaca masa tu. Since masa ktorang pegi tu tak panas, tak sejuk sangat, budak ni selalunya pakai baju lengan panjang biasa je. Malam agak sejuk, infant maybe perlu pakai baju tebal. Kasut pakai yang macam nak bersukan. Stokin. Orang dewasa pakai kasut sukan atau boot. Tapi pastikan practice dulu pakai. 


3. Nursing cover
Since shafiyah fully direct breastfeeding, nursing cover ni bawak ke mana-mana. Kalau kat Malaysia memang jarang dah guna sebab sebelum keluar dari kereta kina akan pastikan bf shafiyah dulu. Pernah 1 masa tu time naik subway ke Nami Island perjalanan lama, dah dekat nak sampai dia merengek la plak nak susu. Tak dan dah nak tunggu sampai, boleh menyusu sambil berdiri. =_=. Nursing room/changing room baby lawa sangat. Tapi tak semua subway ada kot. 
Nursing cover reversible, dulu pernah buat dropship sekarang tak dah. hihi


4. Cebok kecik/ botol air utk ke tandas (masuk OKU punya)
Actually sebelum nak gi dulu plan nak bawak cebok kecik, tapi tertinggal plak. Dekat sana mana ada paip. Tapi toilet die bersih la compare dengan China. Tambahan plak shahadah dah tak kencing dalam pampes, selalu sangat la pegi toilet dekat subway. Masuk je dekat toilet OKU/ family. Senang semua sekali masuk dalam tu. Hihihi. 


5. Practice berjalan jauh
Orang korea kurus-kurus sebab banyak berjalan agaknya. Dalam subway je dah jauh nak tukar station. Tren dorang ada 9 jenis. Macam kita ada 3 4 jenis je. Tempat dorang pun besar-besar. Macam Nami Island, Children Grand Park dari 1 tempat ke 1 tempat ada sampai 1-2 km. 1 hari tu ada lah dalam 10-15km berjalan-jalan. Lagi jauh dari saie. Hehehe. Backpacking tanpa travel agent lagi la, takde transport sendiri pastu ada sesat-sesat barat. Hahaha. Kitorang ada terawal turun station bas, menapak 3km kot. Tak tahu nape tak naik semula bas dekat next stop. Bajet dekat la. Boleh imagine tak jalan kaki tolak stroller, sorang pakai baby carrier, jalan pun ada mendaki sket. Pengalaman sangat. :)..Masa dekat Nami Island, kitorang sewa mende alah ni. Sesuai sangat utk pemalas berjalan. Hahaha. Shahadah suka sangat naik walaupun die sesorang kat depan. Tunggu shafiyah besar boleh dok sebelah. Hihi
Sewa ni 10000 won untuk 20min kalau tak silap. Ada basikal jugak.


6. Susu & makanan
Untuk shafiyah senang sebab bf, shahadah plak kalau dah nak tido confirm nak susu. Dalam 1 hari kitorang bawak 3 botol air (utk minum semua), 1 botol termos air panas, 2 botol susu. Tak bawak 1 tupperware susu kalau nak berjalan. Jimat space bag & lebih ringan. Botol pertama isi utk 1 sukatan, botol kedua isi utk 2 sukatan. Jadi cukup utk 3 kali minum. Bila botol pertama habis, bila dia nak susu lagi, masukkan 1 sukatan dari botol kedua ke botol pertama. Paham kan? Biskut & roti pun bawak jugak. Macam utk baby ada jual buah-buah dekat depan guesthouse kitorang tu. Beli la buah pisang. Paling senang bawak serbuk ikan bilis nt campur je dengan nasi lenyek2. Shafiyah takyah cite seme die ngap. Hahaha. Dekat Pak India Itaewon die makan roti nan cheese kemain lagi. Tapi kebanyakan masa die banyak tido & menyusu je.
Sehari bawak macam ni. 1 sukatan + 2 sukatan.

7. Bila ahjumma/ahjushi bagi gula-gula@makanan
Ala, orang tua-tua memang suka sangat budak-budak. Banyak gila shahadah dapat makanan, gula-gula, junkfood. Terima dengan senyuman & hamsaamnida jela. Jangan la tolak cakap no-no she cannot it that. Jaga air muka orang. Macam shahadah memang tak ajar makan gula-gula & cekedis (coklat & askem je makan jugak sebab mak die pon hantu tu. hahaha) . Lepas ahjumma tu bagi, mintak dengan dia. Pastu simpan la buat sampai dia lupa pasal pemberian tu. Pandai-pandai la ye. Bukan apa, tak tahu halal ke idak. Bukan sebab manis je. Nasib la shahadah tiba jadi tak berapa peramah kat sana, shafiyah plak over peramah, seme orang dia tegur tapi takde la orang nak bagi die gula-gula sebab kecik lagi kan. 
Tengok hasil orang korea yang baik hati bagi dekat die. Tengok dulu halal ke tak.


8. Admission fee
Untuk baby & budak 3 tahun ke bawah kebanyakkannya free. Kena check dulu fee so kita allocate budget tu dengan betul. Macam Nami Island shahadah tak perlu bayar sebab time tu die tak betul-betul 3 tahun lagi. Die ikut tarikh lahir. Alhamdulillah. Free. Hahaha. Untuk subway pon tak perlu bayar. Touch Tmoney pastu tolak je stroller dulu pastu lalu. Pilih tempat yang boleh buka besar untuk stroller. Biasanya dekat tepi sekali.


9. Parking kereta
Oh, ni berkaitan masa nak parking sebelum nak ke airport. Kitorang parking dekat putrajaya, pastu naik ERL ke KLIA2. Lagi jimat. Kebetulan masa hari ktorang balik tu sistem parking die problem jadi dapat free parking. Hihihi. Parking dekat atas sekali senang nak tolak stroller.
Dekat station ERL Putrajaya. Overall ni luggage yang dibawa. Bag galas dengan laptop & beg utk bubuh souvenir. :P


10. Kalau ticket awal pagi
Minta orang hantarkan awal pagi 2 - 3 jam sebelum. Since ktorang takde orang nak hantarkan (taknak susahkan pun ye), ERL dari putrajaya pun last pukul 11 malam. Kitorang cadang tido dekat airport je. Port yang ada penuh plak sebab kitorang lambat. Mencari jugak tempat nak tido, budak-budak ni plak tak tido lagi. Dah time tu pukul 12 malam. Kesian plak kalau tido merata dengan budak ni. Dengan nak bf lagi kan. Last-last kitorang menginap dekat plaza. Kebetulan dapat refund pump MHS dari supplier sebab dia tak dapat supply dah. Alhamdulillah. Banyak jugak. Apa lagi. Pucuk dicita ulam mendatang. Tido la dekat situ. Dari kol 12 malam - 6 pagi (orang tu bagi extra 1 jam..hihi). OK sangat bilik dia. Lengkap lah walaupun size kecik. Katil double decker. Harga? Memang mahal la kan..RM200++ untuk 5 jam sebenarnya. Dapat free makan. Ko boleh keluar gi makan bila-bila masa, akan ada je makanan. Tapi kita nak tido jadi makan sekali jela sebelum check out pukul 6. Berbaloi untuk ada anak kecik dan kes takde orang hantarkan. Kalau dok hotel luar pun harga hotel + taxi dah berapa. Makan belum tentu ada. Tak perlu risau terlambat nak check in dan paling penting selesa untuk anak-anak.  
Dalam Plaza Premium KLIA2, bilik utk 2 orang tapi sebab anak kecik je die bagi yang ni. Lagi murah dari studio.


11. Packing dengan vacuum bag
Bila travel dengan budak2 macam-macam lah kena bawak kan. Bag susu lah, bag pampes la, stroller la. Jadi kena susun betul2. Percaya tak bag baju kitorang sekali je untuk 4 orang dalam 1 luggage bag. Dah pikir dah kalau mencari nanti habis selongkar bag, jadi kina asingkan siap2 ikut hari. Since kina terbeli vacuum bag yang besar jadi 1 vacuum bag tu kina masukkan untuk 2 hari. Jadi bila nak pakai keluarkan 1 vacuum bag je. Lepas tu hari terakhir recycle baju sebab ada mesin basuh & dryer kan dekat sana. Vacuum bag ni boleh beli dekat Mr.DIY. Masukkan baju semua, lepas tu amek vacuum kat rumah tu vacuum dekat tempat bulat tu. Terus kempis segala. Hihi. Jimat ruang!
Ni rupa vacuum bag dlm luggage. Ada 2 pcs. 1 pcs utk pakaian 2 hari. 


Ok la..tu aje tips yang dapat dipikirkan. Semoga bermanfaat.










11 comments:

FadMN on July 28, 2015 at 10:10 AM said...

bab tangga tinggi tu memang boleh menangis dibuatnya kalau ingat balik.patut la orang korea kurus je kan...hahaha.

nurul iman on July 29, 2015 at 9:16 AM said...

yeah plan to go to south korea soon :)

Unknown on July 29, 2015 at 8:39 PM said...

Tips yang sangat berguna...berhajat juga nk ke sana satu hari nanti...hehehe

ida ahmad on August 3, 2015 at 5:27 PM said...

Hopefully ada rezeki ke Korea tahun depan.. Syoknya travelling !

ida ahmad on August 3, 2015 at 5:27 PM said...

Hopefully ada rezeki ke Korea tahun depan.. Syoknya travelling !

Tgg on August 6, 2015 at 11:09 PM said...

Rindu nak pegi sana lagi.. 😊😊

Tgg on August 6, 2015 at 11:09 PM said...

Rindu nak pegi sana lagi.. 😊😊

Tgg on August 6, 2015 at 11:10 PM said...

Rindu nak pegi sana lagi.. 😊😊

Ayuni on August 21, 2015 at 3:08 PM said...

Kina. AYu x faham pasal 1 sukatan 2 sukatan tu. Boleh elaborate more x?

Aeris Awang on August 27, 2017 at 6:16 PM said...

Salam

Kina


Kami (2 adults + 6 kids= 12 thn -1 thn) akn ke Seoul tgh oktober ni. Tlg wasap saya plz, need your help.013 9183374. Tq

Aeris Awang on August 27, 2017 at 6:17 PM said...

Salam

Kina


Kami (2 adults + 6 kids= 12 thn -1 thn) akn ke Seoul tgh oktober ni. Tlg wasap saya plz, need your help.013 9183374. Tq

 

Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork