Tuesday, June 16, 2015

Review: Kenapa pilih BOA Guesthouse, Seoul, Korea?


Salam
*post banyak gambar. 
Hari ni nak share kenapa pilih BOA Guesthouse sebagai tempat penginapan kitorang masa di korea last month. Lepas merisik orang yang dah pegi korea, baca blog, baca review dekat agoda @ tripvisor. Shortlistedkan tinggal :

  • Namsan Guesthouse 2 (fully booked sebab lambat kan)
  • BOA Guesthouse sekarang dah ditukar kepada Boa Travel House.
Untuk check jenis bilik/rate & availability : Klik sini

Ok, apa yang bestnya BOA ni? Banyaaak.

    Hongik Univ Station,Exit 4 lebih dekat. Nampak bangunan LG tempat untuk melintas. Paris tu dah tukar.
1) Kedudukan yang strategik. Dekat dengan stesen subway. Kalau dari airport tu boleh naik AREX straight je terus sampai dekat stesen hongik university tu, tak perlu transit. Nak naik bas pun boleh tapi nanti kena jalan jauh sebab exit tak sama. Ni map nak pegi ke Boa. Kina ade editkan sket map ni, nampak x Paris Baguette tu kina merahkan sebab die dah tukar kot. Cafe jugak tapi bukan Paris Baguette. Masuk lorong tu jalan sket ke atas sampai dah. Lorong mendaki sket je takde la tinggi curam pon. 
Pandangan depan Boa Guesthouse ni.


2) Staff yang friendly dan sangat membantu. Layanan tiptop, tiap kali jumpa dorang akan tegur. Masa sampai senarai guest yang check in dorang akan tulis. Tergelak tengok salah eja nama FIL. Dari Fuat jadi Fulat. Sabo jela. Hihi. Check in tak bayar apa2 sebab dah bayar dekat agoda. Agoda jimat sket ada discount dan boleh guna point review2 hotel dulu2. Cuma kena bayar deposit untuk kad kunci bilik 10000won, bila check out nanti dapat la balik duit tu.

Ramai jugak orang jepun check in. Melayu pun ramai dok sini.
3) Bilik yang selesa, bersih dan lengkap! Kami pilih bilik yang ade 1 katil double + 1 katil single. Sesuai sebab shahadah akan tido katil single, shafiyah akan tido dengan ktorang. Takde la cramp. Dalam setiap bilik ade bilik air & toilet, jadi tak perlu sharing dekat luar. Malas & susah nak gi toilet lagi2 utk kita muslimah ni kan. TV ada, siap shahadah & shafiyah tengok kartun bahasa korea. Acond ade tapi sebab musim spring sejuk la jugak jadi memang die tak on kan. Kalau malam-pagi suhu dalam 15-18 darjah celcius kat luar. Berselubung jugak kitorang. Keluar pagi, balik petang atau malam bilik kemas sedap mata memandang lepas penat berjalan nak berehat. Inform la nak housekeeping. Hihi. Wifi kuat. Peti ais ade untuk letak makanan atau air kite. Takde pun beer dalam tu. Fire extinguisher pun ade just in case kan.  Jom tengok dalam bilik. 
Small but cosy untuk family. Kanan tu peti ais 2 pintu.

Acond hanya boleh on masa summer, TV

Bilik air dengan tandas duduk siap ade selipar utk pakai dekat dalam. Bersih.

Rak kasut pun ade. Tersusun lah sikit kasut banyak2. Wifi ade.
4) Muslim friendly. Ni yang paling win lah kriteria yang ada pada BOA. Macam xd dekat guesthouse lain. Tak tahu kalau ade. Setiap bilik ade arah kiblat (Kina rasa die mintak tolong orang muslim yang buatkan sebab check memang betul tepat). Tingkat atas rooftop ade prayer room khas untuk orang islam. Dekat kitchen pulak, utensil semua asing untuk kite. Siap kunci lagi. Tak ingat dah no code kunci tu. hahaha. Cuma bawak la 1 sejadah untuk sembahyang dalam bilik. Kitorang bawak sejadah kecik je. Dekat sini jugak boleh order makanan korea yang halal tapi kena order 24 jam sebelum sebab nak kena beli bahan mentah yang halal memang dorang tunjuk ayam dalam pack halal yang beli dekat itaewon kot. Kalau duduk dekat tempat lain pun boleh order jugak dorang ade buat delivery tapi mahal 1000won lah dari yang menginap dekat BOA. 
Penanda arah kiblat. Macam dekat Malaysia plak rasa. Hihi
Bestkan ade rooftop. Feeling2 drama korea sangat dah. Dah la sejuk2. Time ni pukul 6pm kot. Lupa dah.

Ini lah prayer room dekat rooftop
Dalam ni lah periuk, pinggan, sudu, cawan utk muslim

5) Kemudahan yang free dan awesome - Antara kemudahan yang best:
  • Free international calls - Pudin call mil sembang 5 minit. Pastu die cut sebab min 5 min sorang takut orang gayut lama nanti org lain nak pakai kn. Tiap hari nak call pun boleh. Takde orang jaga atau ngadap kita depan telefon tu. Hihi.
  • Kitchen dan tempat makan - Walaupun sharing tapi cukup luas dan bersih. Kita kena bersihkan sendiri lepas dah guna. 
Besar kan dapur die. 
Kemudahan komputer, dekat situ banyak info dan kenangan dari guest.
  • Cyber cafe - Ala, ada desktop untuk korang guna. Tak silap boleh print jugak.
  • Penimbang elektronik dan luggage storage - Penimbang tu penting kan, kot2 la over limit berat luggage boleh prepare awal. Luggage storage tu pulak berguna kalau tiket flight korang lambat, tapi kena check out dulu kan. Letak la dekat situ. Check out dan pegi jalan2 last minute.
  • Indoor games & activities - Ada gelongsor untuk budak2. Shahadah suke sangat la main tu. Ade games2 tapi mana la ade masa nak main kan.
  • Water filter - Ade dekat kitchen tingkat ground dan kalau malas nak turun lif dekat tingkat 4 pun ade.
  • Washing machine & dryer - Ni sangat penting bagi kina, sebab malas lah nak bawak baju kotor banyak dan untuk hari last kitorang recycle je baju. Dryer tu tak free - 3000won. Last guna kemudahan membasuh ni pukul 10 malam sebab takut mengganggu orang lain.

Water filter di tingkat 4

Mesin basuh dan dryer. Dryer 3000won. Ade instruction untuk guna. No hal.
Apa lagi nak cerita pasal Boa Travel House ni. Lif die ok. Laju. Hahaha. Lampu die pakai sistem yang pakai movement sense tu la. Xtaula term sebenar die. Tapi jimat kan. Kalau ade orang lalu baru die on.  Kedai 24jam pun ade dekat, GS25 just in case ada nak beli pape. Harga depends pada jenis bilik. Nak kata mahal tak semahal hotel. Hotel sana mahal. Nak kata murah tak semurah konsep dorm tu. Worth it dan selesa untuk yang bawak anak kecik ni ha. Hari tu join contest dapat 10% discount, banyak jugak tu. Voucher valid sampai 2016, macam mintak suruh datang lagi je. Hahaha.
Depan bilik terus lif. Hihi. Ok. bye2.


Ok la..next topik itinerary 5 hari 4 malam.  










8 comments:

anez zamri on June 16, 2015 at 8:58 AM said...

kina tq share!terbaik entry kina ni..mana tau kot ade rezeki kami pulak sampai korea..ekekeke

Mizz ErMa on June 16, 2015 at 9:37 AM said...

wah, masa kitorang p dulu, stay kat tempat lain..insyaallah kalau nk p korea lg nk stay sini la pulak..hihi

FadMN on June 16, 2015 at 3:47 PM said...

boleh la try Boa pulak kalau ada rezeki p sana lagi.dulu,kami stay dekat area situ jugak cuma masa goggle tu tak jumpa laks Boa guesthouse ni.hehehe.

Chekgu Azrine on June 16, 2015 at 4:04 PM said...

Wahh...betul2 bagus la guesthouse ni..
Klu p korea blh consider sini

Rilla on June 17, 2015 at 7:02 AM said...

Bilik air kat jamban ada hand bidet tak? ke kena bawak gayung?

Unknown on June 17, 2015 at 9:50 AM said...

Bestnye bestnye nak sangat gi korea. Insyaallah lagi 2 tahunlah, taun ni currency rm jatuh huhu

Hana Soffelia on June 18, 2015 at 2:44 PM said...

Kalo ada rezeki g korea, memang rasa nak duk sini je. Sangat bagus je rasa. Kina, mengundang rasa betul lah tgk rooftop tu, mau kt atas tu je hana jakun bergambar banyak2. bahah!

Kikin on July 2, 2017 at 2:39 AM said...

Salam Puan, saya nak tanya Exit 4 stesen Hongik tu tangga ke eskalator ye puan? sbb sy bawa parent utk bercuti. Terima kasih.

 

Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork