Monday, January 12, 2015

Rumah kami : Dah ada nama taman

Salam
Kali ni dah lama tak tengok progress rumah..padilah la tukang informer..harap2 da balik nanti dah setel dan boleh masuk tengok rumah contoh ke. (Macam lambat je). Person in charge die dah tak bagi masuk sebab org masuk komplen2. Memang tak siap buat ape nak komplen, komplen la time dah siap ye dok..Dah tak dapat tengok dah. Hmmmm

Nama taman perumahan ni nanti Cenderawasih Pesona. Mungkin CP? macam indera mahkota IM. So kiranya mukim cenderawasih la ni. Sebelah dengan IM, Kg Tiram.

Padilah yg amek gambar ni
Kena banjir tak? Ayah kina cakap kena jugak sipi2. Jadi kena stand by jugak kalau banjir. Macam cina jual sofa tu promote ini sofa kalis banjir..huahua. Harap-harap tak teruk la. Rumah setingkat nak bawak lari mana perabot, mungkin tumpang rumah padilah. hahaha. 

Dah ade gelongsor, wakaf, pokok dan jalan. Cuma surau ada tapak je sebab kena kumpul duit untuk buat sendiri. Cop nak tempat wuduk dalam surau. Takmau luar surau. Hii.  Shahadah tengok gambar gelongsor dah ajak pegi. hihi.
Taman permainan dah ada rupa. Tapak surau dekat tepi yg color biru dan kereta putih tu.
Cakap kat pudin, benti keje ,jom jual bege ke. Masuk waktu die jadi imam kat surau tu. InsyaAllah..Will see. will see.


10 comments:

safurara on January 12, 2015 at 10:21 AM said...

hehehehe. kelakar lah ciknaa, seronoknya rumah dh siap.

ctmah on January 12, 2015 at 10:36 AM said...

waaaa mesti tak sabar kan kina. bestnya dekat ngn uma padilah.2-2 pandai masak pulak tu.leh tukar2 lauk hihi

Chekgu Azrine on January 12, 2015 at 10:39 AM said...

bestnya dapat dok rumah sendiri kan kina..rumah akk lagi 2 thn baru siap..sobs..sobs

FadMN on January 12, 2015 at 12:55 PM said...

mesti tak sabaq kan.

FAD

Ruhill Fahima Mohammad on January 13, 2015 at 8:56 AM said...

Eksaited kan kalo ada umah sendiri...kalo boleh nak bekampung kat situ je nak tengok progress...moga dipermudahkan urusan kina ye

Yasmin on January 13, 2015 at 9:19 AM said...

Eh kinah ada ke banjir? So far tengok tak kena lagi kawasan rumah kite tu. InsyaAllah harapnya tak kena. Pening kepala pk duit sume nak kena buat kalis air. haha. Tak sabar ni tunggu nak dapat kunci.

Mar Mansor on January 13, 2015 at 3:26 PM said...

oo ada taman dah..baguslah..

diary_ciknaa on January 13, 2015 at 3:53 PM said...

syoknya! nanti hias cantik2 tau kina

.ieLah. on January 14, 2015 at 9:23 AM said...

Eh mana tab rumah kami? Nanti nak view banyak2 😉

Unknown on September 3, 2015 at 4:23 PM said...

Assalamualaikum, saya sgt berminat dgn rumah area situ. kalo ade dengar2 org nak jual, mohon jasa baik call saya di talian 0123552849 - shamsul. Terima kasih. Selamat Masuk Rumah Baru.........

 

Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork