Tuesday, March 4, 2014

Umrah part 3 : the checklist

Salam

Checklist atau apa yang perlu dibawa & dibuat sebelum pergi ke Tanah Suci & semasa ada di sana. Since untuk urusan dokumen-dokumen untuk buat visa tu kina tak involve sangat jadi tak berapa tau sangat la. Tapi takpe, biasanya agensi akan bagi senarai untuk visa tu. Gambar background putih untuk visa. Vaccination ni diwajibkan by pihak Arab Saudi. Untuk ibu mengandung macam kina & toddler setahun 5 bulan macam shahadah tak payah amek. Klinik Alfarabi cakap aritu budak bawah 5 tahun tak yah amek vaksin ni. 

Dokumen penting
  1. - Passport. (CS Holiday bagi masa di KLIA, lepas dah setel dekat terminal haji, kutip balik supaya tak hilang jadi kita tak payah pegang atau letak dalam beg dokumen)
  2. - ID lanyard ada gambar & butiran kita tu. Lanyard die macam student card siap ada no tel 4 orang mutawif, barcode segala. Lanyard ni berfungsi macam passport bila kita di Mekah. Jadi kena pakai setiap masa kecuali dalam hotel. (CS Holiday bagi dekat airport jugak, lain kumpulan rombongan lain warna)
  3. Buku panduan & doa. Kitorang bawak jugak buku ringkasan doa untuk umrah. Pinjam yang MIL punya. Senang sangat sebab die bertali & cara buka die ke atas. Jadi masa buat umrah gantung kat leher je.
Checklist untuk shahadah (beg backpack tarik kecuali pampers tumpang beg besar papa)
  • Pampers 1 pack besar - Kalau boleh pack yang paling besar. hihi. walaupun 12 hari tapi pakai sangat banyak sebab setiap waktu solat kitorang akan tukar dulu pampers. Rasa rugi je sebab die takde la pee2 banyak ke kan tapi itu lah yang lebih selamat. Lagipun dekat rumah Allah tu. kena la bersih selalu kan tambah-tambah shahadah tak berapa sihat kat Madinah kena dukung masa solat. Dekat sana ade je jual pampers kitorang beli jugak utk spare masa pegi hudaibiyah 1 pack ade 12 keping = 10 riyal. Size besar sket je kot tapi boleh je pakai cuma nipis je rasa. Ada 1 hari dekat masjid Nabawi seorang perempuan Arab ni bagi 1 plastic ade pampers baby. Mula ingat die nak jual tau. Die tunjuk2 dekat shahadah pastu letak je dekat tangan kina. Pampers tu macam pad tau, tebal & panjang dari overnight. Hahaha. Rezeki shahadah. Sangat berguna, jadi macam liner. So kalau macam sket je die pee2 kitorang tukar yang tu je. Pasal pampers je pon dah macam karangan. :p
  • Baju tidur - Dalam 5 pasang. (Basuh dan pakai semula)
  • Baju petang/jalan - Dalam 5 pasang. Kebanyakkan kina bawak yang lengan panjang ataupun lengan pendek tapi berseluar panjang. Skirt-skirt takde. 
  • Sweater - 2 helai. Sebab pergi masa musim sejuk memang perlu sangat. Kalau subuh tu kita yang besar ni pun terasa, budak lagi la. 
  • Stokin - 4 pasang. Kina suka stokin benang kait yang ada anti slippery yang rupa macam kasut beli dekat GM. Sesuai kalau dalam masjid ada lantai licin ke kan. Shahadah pun suka sangat dengan stokin tu, kat rumah ni dengan tak pakai bajunya tapi stokin tu tetap pakai. Tak risau sebab tak licin. 
  • Wet tissue - kina bawak 2 pack. 1 pack besar untuk letak dekat hotel. Dah biasa kalau sebelum mandi atau basuh berak memang lap dulu pastu guna air lagi senang cuci. 1 lagi letak dalam beg dokumen kalau pegi masjid nak kena gi toilet pun senang tapi yang tu pack kecik je.
  • Buku - kina bawak 2 je buku faveret die. mainan tak bawak pun sebab knowing her yang cepat boring dengan mainan. tapi dekat sana wan mi belikan die mainan pancing ikan 10 riyal. baru check dekat bintulu ni mainan yang sama 16inggit. hihi.
  • Makanan - biskut & air kotak dutch lady. 
  • Toiletries - bawak sabun & syampoo kecik. tapi kat sana tengok hotel both pakai yang paraben free. tapi bau sabun baby sedap la sket kan. better bawak jela.
  • Stroller & baby carrier - baby carrier sangat-sangat membantu pegi balik masjid-hotel & waktu ziarah. Stroller plak ada cerita lain kat sana. Panjang ceritanya.
  • Bantal kecik - kalau baby tido dalam masjid atau dalam bassinet flight. 
  • Nursing cover - sangat banyak kali pakai dalam flight. berfungsi sebagai selimut jugak.
  • Ubat-ubatan & coolfever - dekat sana coolfever yilek ye. Ubat demam, ubat batuk, diaper rash ke.
  • Termometer - untuk monitor suhu badan die.
  • Beg kecik - untuk letak pampers, makanan, wet tissue, bantal kecik masa pegi masjid. 
Ni beg saya, ada makanan, pampers & wet tissue. Ni dekat hotel di Madinah..
zzzzz dalam masjid Nabawi..tapi azan otometik bangun..huahua..
Checklist untuk mama (Beg besar)


  • Telekung - 2 helai. Kina bawak 1 hitam & 1 putih. Kain tak perlu bawak pun takpe. Masa dekat Madinah kina pakai yang hitam, dekat Mekah untuk buat umrah pakai yang putih, ziarah plak pakai hitam. Gilir-gilir. Telekung putih tu kina pernah review dalam blog ni, yang telekung hitam tu jenis lycra memang best la. Selesa & sejuk. Kalau nak makan pun tak bimbang sebab kat sana memang kina tak pakai pun tudung, pakai telekung je. Banyak tempat jual kan. Hari tu kina pasan dekat Giant Batu Caves tu RM50 je.
  • Jubah - 3 helai termasuk yang pakai dari KLIA. Dekat sana beli jubah lagi untuk pakai kat sana terus + basuh & guna semula. Tapi yang untuk nursing mahal sket compare to yang tak open front. Yang ada zip/butang biasanya 75 riyal ke atas. Yang takde 30 riyal pun boleh dapat.
  • Baju tidur - 2 pasang je kina bawak. Seluar track & tshirt je. Basuh & ulang pakai. Lalala.
  • Seluar palazzo/yoga - 2 helai untuk menggantikan kain dalam. Selesa pun selesa bila preggy ni.
  • Tudung - 2 helai. 1 helai pakai masa dekat KLIA, disebabkan flight kitorang pukul 3 petang jadi tak perlu semayang dalam flight. So sampai dekat Jeddah je baru tukar pakai telekung. 1 helai lagi pakai bila nak balik. Senang bawak tudung yang tak perlu diiron.
  • Stokin - 4 pasang. Bawak yang tebal-tebal untuk terus solat. 
  • Handsock - 3 pasang. Penting yang tutup sampai pergelangan tangan, tak perlu sampai tutup seluruh tangan sebab nanti langgar ihram pula.
  • Pantiliner - Penting sangat! tiap waktu solat pun tukar. Beli yang takde bau, takut nanti langgar pantang ihram. Dalam ihram kan tak boleh wangi2. Orang pregnant untungnya tak perlu risau pasal pad. Hihi.
  • Disposable underwear - Bawak 1 bungkus aritu beli dekat Giant yang maternity punya. What I can say? Memudahkan sangat. Hihi.
  • Underwear - Bawak la secukupnya.
  • Hanger - Untuk urusan membasuh baju & menjemur. Bawak dalam 10. Kitorang jemur dalam toilet je. Dalam toilet yang dekat Mekah yang kitorang tinggal ada kipas lepas tu sangat bersih. Dekat Madinah toilet die biasa2 je.
  • Gunting kecil & Nail Clipper - kina bawak yang shahadah punya dalam bekas kecik baby kiko. Masa saie sangat la berbakti itu gunting.
  • Sabun basuh - kina bawak sabun buku Daia 90 sen aje. Dobi sana sangat mahal, bukan mahal sikit2 ye. Kalau kat sini belas2 sana boleh cecah 100.
  • Lotion/moisturizer/mist - masa kat sana aritu tak panas langsung tapi kering. Kulit boleh jadi gatal2. Kina bawak spray mist Bioessence yang multifunction tu. Sket2 spray muka, spray rambut shahadah..hihi. Nanti buat review khas.
  • Lipbalm - kina bawak Lucas Paw2. Sangat2 recommended compare to lip balm biasa. Ni pun nanti buat review khas lagi.
  • Ubat-ubatan - kina bawak 1 beg kecik yang dipenuhi dengan ubat. dah mintak awal-awal ubat dari gynae dan die pun memang baru pegi umrah jadi segala ubat die bagi. Perempuan mengandung takle amek ubat sebarang je tau. Macam painkiller die bagi jugak untuk kegunaan pudin. Ubat heat rub/balm untuk sakit dan lenguh-lenguh kaki. Lagi-lagi hotel dekat Mekah kitorang 450 meter, subuh balik, zohor balik, asar balik, isyak balik. Bila dengan anak kecil ni kita senang balik dari tinggal except untuk maghrib.
  • Sejadah - kina dan ibu kongsi 1 sejadah besar. pudin plak bawak sejadah kecik. just in case kalau terlambat pegi masjid kena semayang dekat luar atau atas jalan raya ke penting sejadah ni. Alhamdulillah dekat masjidilharam tak pernah semayang kat luar, tapi dekat Masjid Nabawi pernah sekali sebab dah penuh masa hari 1st kitorang sampai lambat dari Jeddah. However dekat Masjid Nabawi dekat luar pun selesa sangat dan kebanyakan ibu-ibu dengan stroller dorang semayang kat luar tapi kina still lagi suka semayang kat dalam. Ntah la, feel die lain tapi tetap dikira masjid jugak.
  • Tupperware - untuk tapau makanan. lagi best yang bercompartment untuk lauk2. ada makcik tu tanya 'eh, senang la ade tupperware. beli kat mana kat sini ke?'. Hihihi. Mydin mari.
  • Selipar & kasut - masa ziarah kina lebih selesa pakai kasut flat dari selipar. Nak berjalan dengan ladang kurma ke & naik ke Jabal Rahmah lagi senang. Syukur sangat bawak kasut sebab masa ziarah malam ke Raudhah kitorang tak bawak uncang kasut macam biasa sebab ada miss com antara ibu & kina. Kina tak pasan ibu ade pesan kina bawak masuk uncang tu dalam bag dari bag shahadah, yang kina ni ingat ibu da bawak uncang. Ibu letak dekat pintu no.25, kina pun ikut letak, masa tu, kina dah terdetik sebenarnya tak orang amek takpun orang alih. Ntah kenapa kina ikut je ibu dan tak suarakan pun padahal dah rasa tak sedap hati. Jadi berstokin la kitorang berdua balik hotel, nasib baik stokin super tebal. Kelakar tapi tu la kenangan dan dugaan. Dah kali ke3 ibu pegi ni kali pertama die hilang selipar. FIL pun dulu hilang selipar jugak. Kitorang tak amek selipar2 yang macam dah bercampur2 yang orang lain pakai amek. Takut weh walaupun dah pukul 1 pagi masa tu sebab nak masuk Raudhah kan. Kalau kat masjid nabawi 1000 ganjaran untuk tiap amalan 1000 gak balasan kan? Tapi kat sana memang selamba je orang amek selipar. Pernah sekali tu dekat Masjidilharam kitorang keluar awal tunggu pudin kat luar. Ramai okey yang test2 selipar depan kitorang pastu chow. Lepas dari tu kitorang pastikan uncang kasut tak dikeluarkan dari beg. Hihi. Tak beli pun selipar baru kat sana. Just pakai flat shoes tu je. Kira wakaf jela selipar tu, tak terbanding dengan dapat masuk semayang di Raudhah. 
  • Uncang kasut - penting setiap kali keluar, even ziarah pun. Sebab masa ziarah pun kita akan gi masjid. 
Checklist untuk papa (Beg besar)
  • Kain ihram - bawak 2 pasang tapi pudin pakai sepasang je. Sepasang lagi stand by kalau kotor. Tu pun tak beli pun, pinjam yang abah dan ayah punya.
  • Tali pinggang ihram 
  • Jubah - 2 helai. Beli kat sana sehelai untuk pakai terus.
  • Baju melayu - 2 helai. Baju je pudin bawak. Segak ha pakai baju melayu kat sana. Nak spot lepas semayang pun senang sebab berkilat je. hahaha.
  • Baju pagoda - 2 helai. Baju ni baju putih yang ade zip kat dada tu. Jangan beli dekat GM mahal. Kitorang beli dekat mydin je RM7.90 je sehelai. Mydin adalah one-stop-centre umrah kitorang. Hihi.
  • Kain pelikat - 2 helai. 
  • Tshirt - 1 helai. Masa alih balik pudin pakai tshirt je.
  • Seluar slack/ khaki - 2 helai.
  • Baju tido - 2 pasang. Seluar track & tshirt jugak.
  • Kopiah - 1. Pudin banyak pakai masa dekat Madinah. Masa ihram jangan pakai pula ye.
  • Charger & universal adaptor - Dekat sana ada plug yang sama je dengan Malaysia ada yang tak sama. Kitorang beli kat mydin je.
  • Gunting kecil & pisau cukur - Walaupun buat saie sama-sama kitorang masing-masing bawak asing. Yela, takut terpisah ke. Senang bawak gunting sendiri. Pudin bercukur dekat kedai 10 riyal. Pisau tu untuk melakukan perkara2 sunat sebelum nak pegi ihram. Benda-benda ni jangan letak dalam hand carry ye.
  • Selipar - 1 pasang yang tidak menutup jari.
  • Stokin - 1 pasang je. Sebab masa ihram lelaki takleh pakai tutup kaki Stokin ni untuk waktu-waktu sejuk jela kot. Macam masa subuh ke, dalam hotel ke, dalam bas ke.
  • Sejadah kecik - 1. 
  • Minyak attar - 1 botol kecik. Sunat kan berwangi-wangi pegi masjid. Jangan pakai masa ihram pula ye. Nak beli kat sana pun boleh. Tak wajib pun ni tapi pudin punya memang yang kecik gila tu jadi tak memberatkan beg pun.
Ni harga dobi yang paling murah dalam hotel di Mekah, kedai dobi kat luar lagi mahal.
Bag dokumen & lanyard tu wajib bawak..masa ni ada lagi selipar..hihi..di Masjid Nabawi
Kina tak bawak botol spray wuduk, Alhamdulillah dapat jaga wuduk tapi maybe next time boleh bawak..pernah sekali tu ada makcik tu dari Malaysia jugak die takde teman sebab suami & anak die lelaki, die ikut kina dan ibu. Air semayang die dah terbatal sebab terkena pak Arab..Die pakai botol spray tu..tengok macam ok jugak..Pastu kalau ada rezeki pegi lagi nak bawak cili sos sendiri..hahaha..Orang arab bukan makan cili, dekat dewan makan ada cili sos tapi yang indon punya tak test pun..Kalau makan kentang cicah sos tomato memang tak feel..hehe..Ok la, tu je yang kitorang bawak..Kot-kot ada yang tertinggal kina update balik semula.. 

10 comments:

Sheila Salim on March 4, 2014 at 4:30 PM said...

Assalamualaikum kak kina. berguna sangat checklist ni! terima kasih share... cepat2 buat review special barang yang kak kina ada tulis ni... boleh jadikan list sheila pula, in shaa Allah ~~~

Cik Puan Tqah on March 4, 2014 at 4:49 PM said...

complete..harus terjah balik nnt!

cik mah on March 4, 2014 at 5:20 PM said...

Sngt bgus checklist ni...nk kena save..mana tau ada rezeki nk kesana...tq share...

ct cucubi on March 4, 2014 at 9:16 PM said...

Salam kina.. x sedar.. tetibe dah entry part 3.. bgs checklist ni.. mmg ade hati sgt nak pergi.. moga dipermudahkan urusan ke sana..

~ NANA ~ on March 6, 2014 at 3:50 PM said...

alohhh bestnya chinta dah sampai tanah suci...hehe

bagus tips ni utk siapa2 yg nk bawak anak sekali kan :)

Miss Pija on March 18, 2014 at 4:08 PM said...

sangat sangat berinfo entry dri kina ni.kena save entry ni.hehe :)

Chekgu Azrine on March 29, 2014 at 12:11 PM said...

Memang sgt membantu...

Unknown on December 30, 2016 at 9:15 PM said...

Terima kasih puan Kina kongsi info tentang persediaann Umrah wanita ini, sangat membantu untuk saya yang baru kali pertama nak tunaikan Umrah bulan hadapan nie, Insya Allah.. JZKK.. :D

Unknown on January 25, 2017 at 3:24 PM said...

Jazakillahu khairan.. info yg sgt membantu kepada 1st timer yang nak umrah:)

Unknown on November 1, 2018 at 5:59 PM said...

Tq utk info ni.

 

Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork