Monday, June 17, 2013

Dia sudah 10 bulan lah

Salam


Entry ni untuk peminat shahadah chinta. Hahaha. Seronok kamu ye si kenit, belum setahun dah ada peminat. Lagi-lagi mak adik yang sedang dalam alam hibernasi di rumah sambil menjual barang-barang baby di uptown benteng kuantan mesti menunggu-nunggu entry tentang anak sedaranya itu. Haa, nak cari barang baby murah kat kuantan pleaselah pegi uptown tu. Seyes murah macam online. (sempat lagi iklan)

Ok, apa yang shahadah dah pandai buat sepanjang usia 10 bulan hidup di Malaysia ni. Lagi 2 bulan je nak 1 tahun. Oh. >_<

1) Dah boleh berjalan. Ye. Dia memang cepat sebab ikut genetik papa dia kot. Rekod steps terbanyak sehingga hari ni ialah selama 30 seconds. Dulu kalau dekat luar dari rumah dia malas. Dia tahu orang akan dukung atau naik stroller. Dulu orang pakai kasut mesti dia takmau berjalan, sekarang dah ok dah. Siap buat u-turn lagi. Kasut shahadah ada 4 pasang. 2 belum muat lagi. 2 orang bagi. 1 merah, lain seme biru. Balik semenanjung ni mama paw kasut pink yang wan mi jual ye. Kihkih. Next entry kalau boleh nak upload video shahadah berjalan tapi laptop rosak, internet slow..Keek? Nanti lah..dah ada aritu tapi segan lah dengan suara kartun kina ni.
suka sangat dah boleh berjalan sambil tegur kakak guardian..

mama xpaham kenapa seluar pjg awk mesti jd mcm seluar pendek

2) Dah boleh turun sofa sendiri. Tapi kalau orang jauh sikit contoh macam mama pegi dapur kejap dia tak berani, makanya akan maaamaaamaaauwaaaaa. Maybe kalau orang dekat dia tahu ada orang yang boleh jadi penyelamat. 

3) Dah ada 4 batang gigi. 2 lagi sebelah kapak baru membentuk belum tumbuh lagi. Minggu depan kot keluar. Gigi kapak bukan main besar. Ada gap. Ikut gigi mama kot jarang2. Kahkahkah. Ala, omputeh suka tau gigi ada gap ni. Tengok tak ANTM season latest. Si leyla tu. Lawa tapi ada gap. Juri suka tau. Hahaha. Tak paham cek. 
Gigi saya ada 4..bila mama nak gosok saya tutup mulut rapat2.

4) Dah boleh hi2 bye2 orang. Masuk kedai roti die bye2 ke cashier tu. Shahadah walaupun die hari2 duduk rumah mengadap mamanya yang selenge ni tapi die tak takut dengan orang. Itu yang mama sangat happy. Takut tau die punya social kureng sebab tak de kawan. Maybe perlu bagi shahadah adik cepat2. Kahkah.  Syukur dia ni jenis friendly jugak. Cuma dia tak boleh kalau bangun2 tido nampak ada orang baru. Kalau dia tak tido, nampak orang baru dia boleh layan. Kalau tengok upin ipin kan ada upin ipin cakap "hiiii, saya upin, ini adik saya ipin"..time tu die pun angkat tangan jugak nak hii..Cute sangat rasa..

5) Masa 7 bulan dia pandai amin tangan sekarang dah tamau amin. Camno nak dapat duit raya nanti nak? Hahaha. 
masa 7 bulan ++..sekarang minta amiin xlayan..hi5 pun da xnak..hi2 & bye2 je mau.

6) Dah boleh minum pakai straw. Sebab selalu tengok mama minum vitagen kolagen kot. Ajar a few times die tiru. Mula2 die hisap pastu die buang. Pastu ok dah. Die suka minum pakai straw compare to yang muncung tu je. I know, die malas nak tonggengkan. Dalam sehari dekat 7oz minum air kosong. Tu poo2 lancar je kot. Kalau 2 hari tak poo2 esoknya siap lah..Banjir terus. hahaha
First time minum air fresh oren

Lepas penat main minum air masak banyak2 sampai tutup2 mata haa.

7) Mandi macam orang besar. Kalau mandi shahadah tamau duduk. Berdiri lah dalam bath tub tu. Kadang2 xpakai bath tub pon. Cucur dengan air paip atau shower. 

8) Makan dah tak berapa minat yang lembik2 hancur sangat. Nak pegang sendiri. Poo-poo busuknya. 

9) Berat terkini 7.5kg. Tinggi tak tahu sebab doktor tak ukur2. Yang kina tahu lebih lah dari ulat bulu menan die tu. Maybe dalam 65-70 cm kot. Dia ketot je. Hihi..See her parent la. Hahaha.
Nampak bertambah gebu dari dulu. Bye2.
Ok la..itu sahaja..Nak tengok banyak gambar shahadah boleh tengok #shahadahchinta di IG. In fact semua gambar di atas dari segram tu. hahaha.

Counting days...5 hari lagi nak balik semenanjung weh!






16 comments:

Aty Fared on June 17, 2013 at 12:36 AM said...

seronok lah sakinah dah dapat kaki yer....syabas beta...:)

mommy.aisy.hana on June 17, 2013 at 4:28 AM said...

Kaki laju gigi cepat.. untung laaaaa.. bab sosial tu sama mcm aisy. Walau ngadap mmy jek 24jam, tp xd la takut ngn org... sedikit lega kt c2.

e.t.t.y on June 17, 2013 at 9:28 AM said...

alahai bawah sekali tu mcam lah muka umar raihan..

Asz Miza on June 17, 2013 at 9:57 AM said...

Budak kecik ni bijak..miza ingat nak ajar anak pakai straw la baru senang poo2 cm shahadah chinta..

amal salleh on June 17, 2013 at 11:49 AM said...

alololo comelnye dia pejam mata hehehe

Anonymous said...

baby gurl sy nk msuk 1 thn 2 bln xmau jln sndri lg. Tp gigi da penuh d mulut. Adakah itu sebabny dia pmbt berjln? Tp aktif memanjat.

sarah shamsyul on June 17, 2013 at 1:55 PM said...

Adoi shahadah,adorable nye.meh jd menantu acik.haha

Rinah on June 17, 2013 at 2:22 PM said...

alolo, si comel shahadah dah dapat kaki.. lepas nie mak shahadah makin penat lah, penat main kejar2.. hehe

~ NANA ~ on June 17, 2013 at 3:40 PM said...

progress chinta sgt memberangsangkan! hehehe

BAIZURA NATASHA on June 17, 2013 at 6:44 PM said...

Comel. 10bulan dah pandai jalan.

safurara on June 18, 2013 at 4:04 PM said...

gebus mkn hasil air tgn mama.heee.best kan! omei!

ctmah on June 19, 2013 at 10:23 AM said...

happy 10mos shahadahchinta =)
semoga bertambah bambam yek.hihih

Basyirah Abd Rahman on June 19, 2013 at 10:30 AM said...

balik semenanjung boleh jumpe! hihi

Puan Ida on June 21, 2013 at 10:48 AM said...

COMELNYE DIE
MESTI COME JALAN TERKEDEK-KEDEK JE KAN
IDA NI NEWBIES BLOGGER
NAK JEMPUT MAI MERIAHKAN BLOG IDA YE
UMIELMAN.BLOGSPOT.COM

Mizz ErMa on July 5, 2013 at 7:18 PM said...

comelnye shahadah..cepat betul pandai jalan ek..anak buah sy, umo da setahun 5 bulan, still x boleh nak jalan lg..hehehe

Sheila Salim on September 4, 2013 at 11:55 AM said...

Assalamualaikum kak kina. wallahi! shahadah ni comel sangat. muka dia tu manis, tenang je tengok. tak sabar nak tengok muka dia dah remaja. hehehe :)

 

Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork