Monday, March 11, 2013

Cara pasang & testimoni Medela Harmony Sealed

Salam
Ini tutorial cara nak assemble MHS..Senang sajo..Tengok gambar senang sikit nak faham kan..Dalam gambar ni takde gambar buku manual, holder pump & extra membrane yang kalau korang beli memang dapat sekali. Kalau nak tahu perbezaan MH & MHS boleh klik sini ye.

dari atas kiri: botol storage, diaphgram, body + valve + membrane, handle, penutup botol, corong 

Diaghram dilekatkan ke dalam handle. Pastikan kering & takde kebocoran sebab nanti tak lut nak pump.
Body yang color jernih, valve color kuning & membrane dicantumkan kepada hujung diapghram
Dekat valve tu korang pusing2kan dengan botol storage
Dan last sekali masukkan corong atau breastshield tu dekat body jadi lengkap la ia.
Handle ergonomik boleh pusing2..
Kina memang takde schedule pump dah sejak shahadah 3 bulan..1, sebab shahadah nak yang fresh je tamau yang EBM, 2,sebab tak sempat nak pump except kalau ada pudin nak jaga die..MasyaAllah, budak kenit ni sangat aktif sampai rantai kina dah putus tau..kina takde perasaan marah sikit pun dekat die tapi risau kot tangan die sakit sebab dengar bunyi sentap tu kuat la jugak..Tengok rileks je sambung main..tak sakit la kot..

Die tarik sebab nak panjat kina, kalau tengah dukung pun die panjat berdiri macam nak jalan atas badan kina..Sakit wey..Tahan jela..Kalau berdiri tak sampai 2 saat tanpa sokongan jatuh pastu nangis tapi nak jugak try lagi..Nampak la semangat die tu xcepat putus asa xmacam mama die ni..hahaha..

Progressive die agak cepat la sebab bila die duduk dalam high chair semua orang tanya berapa bulan ni keciknya dah duduk..Dah duduk masa 5 bulan 20+ tapi merangkak die tak reti tau..Dia skip merangkap..Ibu kina bila kina watsapp gambar mcm tak caye gak die dah boleh buat itu ini, tapi bila dia datang bintulu hari tu baru die caye..die cakap cepat betul budak ni, tulang kuat walaupun kecik badan..Gigi dia ade 1 tu pun secoet kat atas..Nak tangkap gambar memang susah la..Orang cakap kalau cepat action die nanti lambat bercakap..hehe..tak kisah la kan yang penting sihat..Die memang tak membebel tapi suka mengerang..grrrrr..hahaha..pernah dengar die sebut aaa..ayaaa..abaaa..apaaa..kalau die cakap ayaaa kitorang cakap ayah kat kuantan (ayah kina), abaaa kitorang cakap abah dekat tembangau (abah FIL kina)..apaa kitorang rasa merujuk kepada papa die..hahaha..amma bila plak? hahaha..ikut suka hati aok la shahadah chinta mama tak kisah (wlpun dalam hati ooo..malam cari mama jugak..hihi)..:D


First time dok dalam high chair sehari sebelum masuk 6 bulan.

Ok..bila dah start cite pasal anak ko takmau berhenti ye shakina farhan! Heeeeeee..Berbalik kepada MHS ready stock dah sold out, boleh pre-order sahaja. Batch awal april dah penuh kuota, kina buka untuk dapat by mid April pula ye. Harga sama RM135 excludes pos laju. Semenanjung RM6, Sabah Sarawak RM9..Warranty 15 hari selepas kina pos untuk factory defect ada pecah ke..Ibu kina dari kuantan yang poskan ye bukan kina..Bila waktu terbaik nak beli @ pre-order pump? Kina suggestkan 5 bulan-6 bulan tu beli lah mana tau terbersalin awal..Kalau berniat nak pre-order sebab pre-order ni kadang2 makan masa & melibatkan kastam & posmen..

Ini hasil pump selepas breastfeed Shahadah Chinta..Bukan untuk buat stok susu tapi untuk buat puree pumpkin menggunakan baby bullet..


InsyaAllah lepas ni kina akan review baby bullet dengan cara kina menggunakan baby bullet tu..

Kat sini jugak kina nak share antara testimoni dari customer kina yang dah pakai MHS ni..
Suction soft & tak sakit.
Ini pula whatsapp dari customer kina yang juga seorang surirumah macam kina..panjang jadi kina printscreen & combinekan aje..hehehe..Happy sangat bila bangun2 dapat feedback macam ni..Thank you sis..You reaaly made my day! :) No editing except kina kaburkan nama.



Bila baca cerita sis ni memang datang semangat nak pump dengan schedule tetap & istiqamah..huhu..yela bila dapat hasil ciput memang rasa down la nak pump kan..tengok plak hasil orang lain kebabom 10oz terus..moga kita tak cepat putus asa dan tengok kejayaan orang lain sebagai menjadi inspirasi. Kina nak ajar shahadah chinta berbotol balik sebab she's a big girl now..asyik nak mengempeng je nanti mama tak boleh buat kerja..hihi..

Ok, stay tune for baby bullet review! Mood tengah rajin nak buat schedule blogpost..:) Sebarang persoalan boleh direct email kina di shakina.farhan@yahoo.com @ di instag shakina87..Kalau dekat komen sini susah sikit..hikhik..


7 comments:

QueenBz on March 11, 2013 at 8:38 AM said...

aku pulak dah pikir nak wean-off lagi 3-4bulan. sebab dah cukup 2 tahun kannn.
tapi mesti lah banyaaakkkk dramanya nanti sebab dah setahun 8 bulan dok melekat kannn. huhu.
bile tengok org pump² ni tibe rase nak pump jugak. ehh?

Hana Soffelia on March 11, 2013 at 8:45 AM said...

Hana beli pump pureen kot dlu, ke anakku then lepas mengurut blh pump guna tgn je. Smpailah sekarang. Mula2 berkenan gak dgn medela ni.

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P on March 11, 2013 at 9:24 AM said...

pam guna tangan letih tak?

humble.yat on March 11, 2013 at 10:10 AM said...

kina, sampai sekarang pun sy tetap guna mh kina..senang untuk travel, tak pyah nak cari supplier letrik, tu paling penting...manual memang best...:-)

dayan punyer on April 20, 2013 at 12:56 AM said...

bace review kina rase cam nak beli MHS jgk la.. ready stok dah abeh ye? currently gune pureen basic je.. tapi bola dia da haus kot.. asik nak tercabut je.. plan asal nak beli swing.. tapi bile terbace review ni bek amek MHS je.. saving banyak.. hihi.. nk pre-order cane eh?

Unknown on April 28, 2013 at 6:18 PM said...

Salam berapa harga MHS? Ada jual spare part sahaja tak?

Hazleen Ahmad on May 3, 2013 at 8:36 AM said...

Assalam. Saya nak order MHS. Nanti boleh bgtau caranya? Feel free to contact me at Hazleen_ahmad@yahoo.com.my atau 0123280863. terima kasih yer kina

Kak leen

 

Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork