Wednesday, July 18, 2012

Checklist baby : 1) Baby Feeding

Salam


{Entry ini panjang}

Post ini adalah sambungan dari [entry] ni. 3 bulan baru nak bersambung. hahaha. Penting sangat kena ada checklist supaya tak terikut sangat nafsu membeli barang baby yang pastinya untuk first time mommy ni beli barang baby rasa macam beli handbag Coach. Excited tu lain macam! Yang belum download atau belum ada cari la 1 checklist excel yang boleh tunjuk total harga sekali macam yang kina dapat dari  Nana . 

Bermula hari ni nak story pasal checklist ikut turutan untuk panduan diri sendiri & first time mom to be yang seangkatan yang blur-blur bila tengok checklist. Ni semua barang baby yang kina beli & kina rasa perlu ikut keadaan kina seorang housewife yang bekerja dari rumah (cewah). Nanti baby dah besar boleh tengok mama die prepare cmne. Hahaha. Sebelum beli kina banyak rujuk dekat blog2 mommy yang best2 macam Nana, Safiyyah, Aty, Elly & ramai lagi la sebab dorang story details dengan harga sekali so boleh la tahu harga semasa barang-barang baby.

Baby Feeding - Barang-barang berkaitan dengan pemakanan & penyusuan baby
Kalau ikut list ada barang yang kina tak beli sebab rasa tak perlu (buat masa ni), kita kan belajar dari pengalaman. Bila dah ada baby nanti, rasa perlu ada, beli la plak. Kuantiti pun kina beli tak terlalu banyak sebab nanti masa pantang, boring-boring boleh shopping online kalau tak cukup. Hahaha. Dah plan tu! Kiranya ni barang-barang basic yang pada kina penting. Pada orang lain tak penting pasti ada justification tersendiri kan.

1) Feeding bottle 
Macam-macam jenama botol susu sekarang. Avent, Tommee Tippee, Pureen, Nuk, Nuby & macam-macam lagi la. Mula-mula dulu ingat nak beli Avent Newborn Starter PES yang color honey tu, tapi tak puas hati tak jumpa harga yang paling murah pastu katanya akan discontinue. PES ni jenis plastik die lebih durable, tahan panas, kira paling bagus la berbanding PP sebab tu die lagi mahal tapi tak paham kenapa die nak discontinue dengan yang lain.  Akhirnya beli yang PP je.
Tommee Tippee 5oz & 9oz

Tapi kina suka bentuk Tommee Tippee, comel walaupun bapak besar. Macam la mamanye yang gunakan. Beli online di mybbstore harga discount RM35.00 dapat 2 botol 5oz & 9oz, harga biasa mau cecah RM59 utk 2 botol ni. 5oz tu sesuai untuk newborn sebab puting die slow flow, harap-harap baby sesuai dengan puting tu, sebab banyak kes baby memilih puting & botol susu. Kasi chance la baby pun ada hak untuk memilih. Hahaha. 9oz punya besar sikit & bila baby besar sikit pakai yang tu plak. Beli 2 je la, jimat 1 hal, pastu tak tahu lagi baby mau ke tak TT tu, pastu kalau banyak sangat botol mula la nanti malas rasa nak basuh. 

2) Breast pump
Malas nak cakap banyak pasal breast pump sebab dah pernah story dekat [entry] ni. Dapat 1 storage bottle & 1 feeding bottle. Jadi 3 la botol susu. Kina beli breast pump Medela Harmony dengan harga RM160. Keberkesanannya mesti la belum tahu selagi belum cuba. Nanti dah cuba baru boleh buat review. Kina beli ni pun ibu kina dah bising cakap mahalnya sebab manual je pun dah harga ratus-ratus katanya, belum beli Medela Freestyle lagi. Hahaha. Alasan : sekarang semua benda mahal ibu, lagipun ni banyak review orang cakap bagus. 

3) Storage bottle
Dulu kina confuse ape la banyaknya bottle dalam checklist baby ni. Rupanya ni botol untuk simpan susu ibu buat stok untuk baby. Since kina housewife dan akan selalu direct breastfeed kot jadi kina tak beli banyak. Tak beli pun sebenarnya sebab dapat free 4 bottle Bumble Bee yang comel masa beli Cooler Bag & Medela Harmony. Total ada 6 storage bottle, muat la nak letak dalam cooler bag atau freezer atas. Orang cakap storage bottle ni tak boleh lama-lama sangat pakai, pas 6 bulan kena tukar. Bagi yang bekerja mungkin perlukan lebih banyak & deep freezer pun diperlukan kot untuk simpan stok. 

4) Storage bag/plastic
Haa..perkataan storage lagi. Ni pun sama fungsi die macam storage bottle cuma die dalam bentuk plastik. Lebih murah & menjimatkan ruang. Kina beli jugak 25pcs yang Autumnz yang ada lock tu dengan harga RM11.60 (kalau expo lagi murah tapi sebab nak jimat shipping Enjoybreastfeed jadi beli je), walaupun nanti selalu direct breastfeed, masa baby taknak menyusu tapi susu perlu dipam keluar so that tak bengkak & sakit, kena simpan gak. Nanti kalau rasa tak cukup, beli lagi. Harap-harap susu untuk baby banyak. Amin. Ada storage bag yang lagi murah tapi kena ikat sendiri, memikirkan diriku ni pemalas jugak jadi beli la yang Autumnz tu.

5) Bottle & Teat Brush
Ada banyak berus boleh je beli kat mana-mana. Tapi time ni alang-alang tengah shopping dekat mybbstore tu beli la terus berus jenama First Year ni RM13.41. Ada discount pastu jimat sikit shipping. 

6) Cooler bag
Perlu ke tak perlu ke benda alah ni. Tu ayat yang selalu terfikir-fikir. Akhirnya beli juga sebab nanti kot-kot selalu nak ikut pudin outstation, balik kampung, travel mana-mana rasanya perlu jugak ada. Beli yang murah je jenama Amazing Mom dekat Enjoybreastfeed RM54.90 dapat free ice pack 3pcs, 4 storage bottle Bumble bee & apa yang paling penting warna die Blue Mint. Haha. Kalau beli cooler bag sahaja RM29, RM24 tak silap untuk harga member. Ala, sign up je dengan Enjoybreastfeed tu dapat la harga member. Cooler bag ni muat letak 6 storage bottle tapi kalau dah letak ice pack rasa macam muat 4 bottle je. Ada 2 zip & penutup die boleh bukak 180 darjah sesuai untuk jenis tak penyabar macam kina, bukak terus habis. Hahaha. Plus die ade adjustable sling up to 30inch long. Berapa lama tahan simpan dalam cooler bag ni, tak dapat dipastikan selagi belum guna. Orang cakap 8 jam - 12 jam bergantung kepada jenis cooler bag gak. 
Ini la package cooler bag yang dibeli. Warna biruuu..

7) Reusable Ice Pack
Dapat free 3 pcs masa beli cooler bag. Nama die Advance Korea Durable Super Ice Pack. Ala-ala K-Pop gitu. Hahaha. Normal price RM8/pc utk member Enjoybreastfeed. Cara nak guna inject air max 750ml, ikut size yang kita nak. Nak ice pack tu kurus sikit letak sikit air tapi better letak banyak untuk tahan cool lebih lama. Pastu masukkan dalam freezer 8-12 jam sebelum nak digunakan. Nanti akan review lepas dah guna.

8) Sterilizer & Warmer
Ini barang baik macam dah jadi keperluan. Dulu-dulu orang pakai air panas je utk sterile & panaskan, skg pun ada orang pakai air panas lagi. Kina rasa perlu 2 2 untuk pastikan betul-betul sterile & jaga nutrien susu sebab tak pandai nak budget 40 darjah suhu air, kalau warmer memang die dah set jadi beli la jugak. Gunakan teknologi yang ada. Haha. Kalau ibu tahu ni mesti kena bising jugak. Hahaha. Kalau orang bekerja benda alah ni lagi penting utk bagi dekat nursery @ babysitter kan. Kina beli jenama Autumnz Steam Sterilizer, Home & Car Warmer Combo dekat expo baby PWTC RM165, normal price RM175. Yang ni boleh muat botol tommee tippee & yang paling penting warna Biru! Ada lagi yang lagi murah jenama macam little bean tapi bukan warna biru. Avent pun smart tapi mahal sikit.  Kina tak beli sterilizer yang masuk microwave sebab rumah ni takde microwave, oven ada. haha. Ni pun akan review nanti berguna ke tak. 

9) Nipple Cream
I choose you Medela Purelan! (Buat suara Ash Pokemon). Harga paling murah kina pernah jumpa RM26.00 untuk tube paling kecik. Tapi kina beli RM29.00 which is harga standard dekat mybbstore kalau tak silap sebab alang-alang dah beli feeding bottle seme tu sekalikan shipping cost. Takkan semata-mata nak beli 1 nipple cream murah RM3 kat kedai lain, tak pasal2 topup shipping cost RM8 ke Sarawak ni. Pernah baca review untuk Medela Purelan, katanya bagus sangat lagi-lagi masa awal-awal breastfeed nipple melecet & luka, sapu ni nipple cepat baik & tak payah cuci boleh breastfeed baby terus. 

10) Nursing Bra
Baru ada 2 nursing bra beli dekat Enjoybreastfeed & Manjaku kat Kuantan. 1 nursing bra Ambre yang ada hook kat depan & 1 lagi sleeping bra. Suka sangat sleeping bra tu sebab selesa sangat pakai, kalau baby nangis tengah malam just tarik belah mana yang korang suka. Jenama Autumnz.  Nursing bra kena beli tambah 1 size lebih besar untuk cup, ukur lilit tak banyak beza. Contohnya kalau biasa beli size 34C, sekarang time untuk beli 34D atau 36D. Any mommy ada info yang lebih tepat tentang ni harap boleh kongsi. Sekarang pun dah rasa sakit pakai yang wired bra, jadi nak kena cari yang well support tapi selesa. Nak kena tambah lagi sebab penting untuk mudahkan breastfeed. So ini masih belum setel lagi. 

11) Nursing Pad
Nursing pad ni plak macam pampers untuk breast. Hahaha. Ada 2 jenis iaitu washable yang boleh ulang pakai & disposable pakai buang. Kina beli jenama Pureen masa kirim dengan my bestfriend yang pergi Pureen Warehouse Sale tu boleh tengok [entry] ni. Tak tahu sesuai ke tak untuk diri sendiri, beli as preparation. Beli 2 pasang je yang washable sebab malas nak basuh. Disposable plak beli 2 kotak 24pcs punya = 48pcs, orang kata (semua orang kata kan) kena beli banyak lagi-lagi kalau susu mencurah-curah ke ladang gandum. Nanti kalau tak cukup beli lagi.

12) Nursing pillow
Baru beli minggu lepas nursing pillow Bumble Bee dari mybbstore sebab ada sale RM53.90 kalau tak harga die RM89. Ingat nak kirim dengan Put dekat MyDear Warehouse hari tu tapi harga dah naik so better beli kat mybbstore je.  Pos ke ibu, bila ibu call dah tau dah mesti nak kena bebel sebab barang dah sampai ke opis die. Alasan : Zaman moden sekarang, tak larat la nak pegang baby lama-lama. Hahaha. Dapat la ayat 'ntah apa-apa belinya'. Kina rasa sangat berguna la nursing pillow ni nanti sebab tulangku ini cepat lenguh. Hahaha. Gelak je aku bila kena bebel.
Kina beli yang ni. 
Bila dah beli semua, kina masukkan dalam checklist excel tu, baru nampak berapa dibelanja, apa yang takde lagi, berapa kuantiti. Sebab kite manusia, bukannya robot nak ingat semua benda. Lagipun senang nak tunjuk dekat suami ke mana hilangnya duit kite & berapa penjimatan. Hahaha. Kina pernah saja2 cakap kat pudin, abg la beli barang baby. Terus die ckp ala, susah la, nanti abg pakai beli je, xtau nak beli ape, syg beli ape yang syg rse perlu ok. Yeay, dapat green light! hahaha.
Total perbelanjaan untuk Baby Feeding setakat ini. 
Ok la..itu saja la barang yang dibeli untuk bahagian baby feeding.Total expenses boleh dikira medium kot, tak mahal sangat & tak murah sangat..antara barang yang tak dibeli lagi yang jatuh dalam kategori feeding baby: drying rack untuk bottle, pacifier, nursing cover..mungkin akan beli nanti atau mungkin takkan beli langsung di masa hadapan tak tahu lagi sebab tengok keperluan nanti..Harap-harap Allah memberi peluang utk menyusukan baby secara exclusive..Amin..

~To be continued esok dengan Checklist baby : 2) Baby Gear
p/s: utk download checklist mcm atas ni klik sini

26 comments:

Cik Puan Tqah on July 18, 2012 at 3:40 PM said...

amin.. gud luck kina.. hihihi.. byk gk nk prepare kalau ade baby eh.. nnt la godek balik dlm blog kina..

safurara on July 18, 2012 at 3:40 PM said...

wow rajinnnya kina list kan sume,rara malas.simpan resit je.

Shakina Farhan on July 18, 2012 at 3:43 PM said...

tqah: haa..nt da ade baby bleh check it out balik post ni..hehe..

rara: terpaksa rajinkan diri rara, kl x xnmpk duit tu ke mana..resit xbyk sbb byk online je..hehe..

Anonymous said...

Tommee Tippee! yey! wawa pun suka. cute sangat. gemok2 pendek. hihi =)

Shakina Farhan on July 18, 2012 at 3:52 PM said...

wawa: haha..kan! cute sgt2..hahaha..gemuk2 pendek!!

puan.mila on July 18, 2012 at 3:53 PM said...

kina..kina..nak mintak tolong boleh? kina mesti ada simpan list2 brg baby kan include semua la..mila nak survey atau beli sikit2 brg baby tp xtau nak mula dari mana..kalau xkbrtan nak mntak kina share..heheh

ni email mila : damielgirls@gmail.com

Shakina Farhan on July 18, 2012 at 3:56 PM said...

mila: boleh klik dekat entry download checklist..situ ade semua senarai..

Nurul Ain on July 18, 2012 at 4:01 PM said...

Alhamdullillah banyak dah yang settle...

dah siap semua baru tenang fikiran..
hihihi...

Shakina Farhan on July 18, 2012 at 4:06 PM said...

gadis: betul2..alhamdulillah, ade sikit2 lagi..skg prepare mental & fizikal je..fuh2..

puan.mila on July 18, 2012 at 4:06 PM said...

thanks kina :)

ctmah on July 18, 2012 at 4:25 PM said...

ct pun sama cam kina. kena buat kira2, at least kita nampak duit tu hilang ke mana :)

puteriraifana on July 18, 2012 at 4:27 PM said...

yey! kemas sgt mama nie..hee. teliti . Kalau Put sume harga pun mesti letak ++ kat belakang tak pun kot sebab lupa harga berapa.haha....

Shakina Farhan on July 18, 2012 at 4:28 PM said...

mila: u welcome!

ct: tu la..lagi2 beli sikit-sikit..nampak je sikit rupanye..hoh..byk membukit..:P

Shakina Farhan on July 18, 2012 at 4:29 PM said...

put: kadang2 letak jugak ++ bila time lupa..:P

~ NANA ~ on July 18, 2012 at 5:11 PM said...

yeayyy byk dh yg kina beli...best kn isi2 harga dlm excel tu? blh tahu brp belanja...hehe

Shakina Farhan on July 18, 2012 at 6:09 PM said...

nana: hee..yeay..best2..otometik kirakan..sesuai utk org yg mls nk tekan kakileter ni..hee..tq nana!

Cik Puan Syeeda on July 18, 2012 at 9:22 PM said...

Wahhhh byk dh bli tu. I bru bli ckit2 je.

Aine Ainun on July 18, 2012 at 10:33 PM said...

terujanya da beli....

rasa x sabar jugak, tp...masih awal lagi=))

Syima Syaz on July 18, 2012 at 11:46 PM said...

rajin kina...i tak buat budget pun sbb takut ngeri sendiri...tak mcm masa w-day dulu mmg budget mesti less than ape yg dlm excel..tp utk baby ni tetiba jadi rambang mata.nasib baik i jenis rajin survey n alhamdulillah sume dpt harga diskaun.

humble.yat on July 19, 2012 at 10:15 AM said...

memang terbaik list ni..details...
yati beli ala kadar je..

klu ada rezeki, nak minta hadiah ngan org haha..

bila diaorg tya mana tak cukup. hehe ambil kesempatan yg ada..(jahat benar bunyinye..)

tp betullah gajet baby dah berbeza skrg, kkdg2 yati kena tunjuk kat mak satu2 apa yag ada kat internet, bg dia faham..

and mak pun kata ok and bagi support..tapi atas brg yang munasabah aje lah..:-)

Nur Hareza on July 19, 2012 at 11:50 AM said...

pacifier tu kalau boleh tak payah lah.. tak elok untuk bayi tu.. :)

Aty Fared on July 19, 2012 at 1:08 PM said...

yeah..semua yang kina listkan tu memang berguna sangat..dan product2 terbaik...:) nak bagi pendapat part botol susu tu..melalui pengalaman dan pemerhatian...kina jangan beli banyak2 tau..1-2 dah cukup..sebab belum tentu anak suker ngan botol yang kite beli tu...lepas tu kene beli lain pulak..kalau murah mungkin hokeh lagi..tapi kalau mahal..haaaa..anak aty tak mo botol TT..dah ar mahal2 beli..banyak lak tu..sekali tak mo..adeeyyhh..sekarang beli yang lain..harge mahal ley tahan gak..[nak review nanti]..hurrmm...[pendapat aty jer ek]

sarah shamsyul on July 19, 2012 at 1:11 PM said...

good luck kina...detailsnye...hihi..
Botol TT tu mmg besar.iman klu gune,hilang separuh muka die

Shakina Farhan on July 19, 2012 at 2:53 PM said...

Syeeda: hee..kina dah nak masuk 33weeks harus la dah byk beli..hihi..

Aine: its ok dear..kumpul info dulu..hihi..

Syima: tu la..kena rajin survey kan..yg penting ade discount & berbaloi-baloi bleh rembat..:P

Hayati: haha..tak jahat la..memang perlu..haha..kina pun buat gitu..:P

hareza: itu la..plannye mmg xnk beli tp xtau la kan mase depan..

aty: tu la..kina baca dari blog aty..sbb tu beli 2 je botol..hrp2 baby nak la TT sbb mama die berkenan..haha..orite..tggu review aty nt!

lara: haha..mst comel je kan iman guna TT!

fitria on July 19, 2012 at 3:28 PM said...

aritu pegi mydear warehouse tu pastu suami tunjuk nursing pillow tu. die tanye xnk beli ke? tbe2 spontan cakap taknak la. pastu baru terpikir nk.. bile cakap balik kat suami, die ckp pegang gune tangan je xleh ke? emm baiklah saye yg menurut perintah.. huhuhu..

DeMirrorMirror on November 29, 2012 at 11:09 AM said...

Terima kasih for this n3 boleh juga i prepare utk my up coming baby.

 

Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork