Sunday, April 22, 2012

Jantina baby dah diketahui!

Salam

Alhamdulillah, kandungan sudah berusia 5 bulan. Perut sudah mula nampak. Yang paling menggembirakan jantina baby dah diketahui lepas scan. Lompat bintang. Hip hip hooray! 

Sejak 3 bulan dah tak sabar nak tahu. Senang nak beli baju kan? Selalu dengar orang cakap macam ni macam ni dapat baby boy, macam tu macam tu baby girl. Nak cakap naluri dapat baby apa memang tak pasti sebab kejap rasa macam baby girl, kejap rasa macam baby boy. Tak kisah jantina apa yang penting sihat. Kalau girl boleh geng mama masak kat dapur, kalau boy boleh geng papa main futsal.

Ini antara tanda-tanda kalau nak tahu jantina baby melalui permerhatian & pengalaman orang-orang kot. Tapi tak semestinya tepat. Jantina bayi kan rahsia Allah malahan scan pun belum tentu tepat 100%. 

*Tulisan berwarna merah merupakan pengalaman kina.

Tanda Anda Akan mendapat Bayi Lelaki
Anda tidak mengalami morning sickness yang teruk pada awal kehamilan atau mungkin tiada langsung
Degupan jantung bayi kurang dari 140 kali seminit
Anda rasakan beban berat pada bahagian hadapan tubuh
Perut anda kelihatan bulat sempurna
Bahagian aerola (daerah hitam disekitar puting) akan menjadi lebih gelap
Bentuk perut condong ke arah bawah
Sukakan makanan yang masam dan masin
Suka makan daging dan keju
Tapak kaki selalu berasa sejuk
Tangan selalu kekeringan
Suka menghadapkan wajah kearah utara semasa tidur
Bukan hanya anda, tetapi suami juga mengalami pertambahan berat badan
Anda akan kelihatan lebih berseri semasa hamil
Hidung tampak lebih mekar
Selalu sakit kepala

Tanda Anda Akan mendapat Bayi Perempuan
Mengalami Morning sickness di awal kehamilan
Degupan jantung bayi lebih 140kali seminit
Merasakan beban berat pada bahagian punggung dan pinggul
Payudara kiri lebih besar berbanding kanan
Rambut anda berwarna agak kemerahan berbanding sebelumnya
Bentuk perut condong ke arah atas
Perut tampak agak lonjong
Mengidam makanan manis
Sukakan buah-buahan
Suka minum air atau jus yang bersifat masam
Anda jadi lebih cerewet semasa hamil
Mudah moody berbanding sebelumnya
Kulit wajah mudah bermasalah berbanding sebelum hamil - *semasa first trimester
Tidak suka makan roti bersama kulitnya
Payudara kelihatan mengembang
Suka menghadap muka kearah selatan semasa tidur

Tambahan pengalaman kina sendiri
* Gatal-gatal pada seluruh badan bila masuk 2nd trimester.
* Suka makan ikan di awal pregnancy.
* Suka makan tomyam cendawan.
* Suka makan nasi & juga sayur di mana dulu memang tak berapa.
* Tak suka makan fast food kecuali french fries.
* Jerawat banyak di awal pregnancy.
* Suka minum air carrot susu & horlick ho ho ho
* Baby girl suka mengendeng-ngendeng kat perut.
* Teringin nak makan pavlova & tutti fruiti di awal pregnancy.
* 2nd trimester tak suka benda manis.
* Pertumbuhan rambut & kuku seperti juara.
* Suka tengok perempuan comel-comel, cantik-cantik.

Ada yang sama dengan korang? 
Korang rasa kina will expecting baby apa? hehehe. 




25 comments:

Noor Nabila Jasni Teoh on April 22, 2012 at 9:26 PM said...

weeekkk!!! saja suh org teka2 kan!!! aq rasa, it's a BOY!!! :) heheeee...aq rs kesimpulannya ko mmg suka makan. sekian. tak kisah la masam ke masin ke manis ke. heheh :)

Syima Syaz on April 22, 2012 at 9:30 PM said...

boy ek? alahai susah la nak predict baby kina...tak tgk badan kita skrg..gambar 1 plzz....hehehe

Shakina Farhan on April 22, 2012 at 9:33 PM said...

bella: hahahahampeh..tp berat aku normal tau..baby yg nak makan seme tu..hihihi..

syima: hehe..gambar xnmpk perut dear..macam tak preggy pun ade..hihi..

Husna Adnan on April 22, 2012 at 10:03 PM said...

"Tambahan pengalaman kina sendiri: Baby girl suka mengendeng-ngendeng kat perut."

Kina dah terberitahu jawapan ke?
Hehehe. Saya pun ramai yang dok teka-teka, tapi nampaknya banyak tekaan yang silap. Apa pun, tetap tak sabar nak tengok dia nanti! ^___^

yyarchitect on April 22, 2012 at 10:07 PM said...

Intan rasa boy! hehehe..intan sdri pon x scan lagi..

Shakina Farhan on April 22, 2012 at 10:15 PM said...

husna: baby girl tu mcm anak org lain..hehe..tiba2 dok atas pangku kina..belum bgtau jawapan lagi..hee..tu la..scan pun belum tentu betul kan..da keluar nt baru la confirmkan..

intan:hehe..xlama lagi mesti tau jugak tu..

Super Ummi on April 22, 2012 at 10:21 PM said...

haritu masa hana pergi scan masa 14 weeks.. doktor kata jantina boleh nampak masak 28 weeks.. melainkan kalau baby boy, 20 weeks dah boleh nampak...
adekah baby kina baby boy...? hehe

Asz Miza on April 22, 2012 at 10:29 PM said...

Kina...cepat bagitauuu! Haha..

Shakina Farhan on April 22, 2012 at 10:34 PM said...

hana: hee..actually 17weeks doc 1st da bgtau..yang 20weeks ni doc lain bgtau jugak..

miza: tunggu esok ye..hehe..:P

Asz Miza on April 22, 2012 at 11:07 PM said...

Haha..okey2..tp rasa macam dah tau kot..sama time kita tau gender..miza pn masa 17 weeks dpt tau..hihihi. ;p

Unknown on April 23, 2012 at 12:17 AM said...

berteka teki la pulak kina nih hihi nak teka baby gegirl boleh tak ;p

Anonymous said...

it's baby boy! (*_*)V

ctmah on April 23, 2012 at 8:17 AM said...

yay!mesti happy semacamkan bila dh dpt tau gender baby.siti rasa boy :D

mommy.aisy.hana on April 23, 2012 at 8:21 AM said...

kinaaaaa... x sabar nk scan jugak.. tpi nk tggu 6m la.. alang2 ni..
n i guess kina dapat girl.. suka2.. yati pn kalu boleh nk girl, tp ayahnya nk boy.. hihi.. n at d end, apapun xpe, yang penting sihat kan??

Fariza on April 23, 2012 at 8:35 AM said...

HIK3. kina, dua2 boy n girl fariza ada, jeng jeng jeng. xpe. mana2 pun bleh kan. :))

Renee Meow on April 23, 2012 at 8:56 AM said...

mcm baby boy jerr..sbb baby girl suke ngendeng2 kan..org2 tua ckp kalau baby girl suke kat u means u akan dpt baby boy.. xsabar nak tau nih..! :D

dilla nadila on April 23, 2012 at 9:17 AM said...

baby girl eh...
nak baby girl =)

LisaLisut on April 23, 2012 at 10:12 AM said...

wpun yg tanda2 u list down tu mcm mix boy and girl,i rs mcm girl.haha.sbb ms awl2 dlu i suka tutti frutti jugak. benda masam2. jerawat mmg naik masa mula2 tp lama2 hilang dh. so i thought its a boy.tgk2 ms 2nd trimester,suka benda manis bagai. i rs girl kot ;p

Unknown on April 23, 2012 at 11:03 AM said...

go for baby girl!!! hehehehe

puteriraifana on April 23, 2012 at 11:28 AM said...

nak teka boy!! hihi..cepat reveal!!!.

.ieLah. on April 23, 2012 at 11:37 AM said...

kina baby girl! hehe

eLL on April 23, 2012 at 12:30 PM said...

Baby girl suka mengendeng-ngendeng kat perut

sudah terjelas disitu? atau saya salah?

Shakina Farhan on April 23, 2012 at 12:34 PM said...

hehe..sudah direveal dlm entry terbaru..:)

Unknown on April 23, 2012 at 3:57 PM said...

Macam lain ja dari I punya..macam terbalik..ke gender I terbalik ni..toap2 kali scan doc akan kata baby girl..tp kalau tgk u punya list tu macam boboi..huk huk..acana??

safurara on May 8, 2012 at 10:06 AM said...

kina best nya baca.rara cm boy je.sbb mmg xde morning sickness lagsung.

 

Shakina Farhan Designed by Alieff Artwork